Monday, November 28, 2011

Pangkor in Memories Part I

Assalamualaikum semua... Jawab salam tu,WAJIB tau !
Rindunya kat blog ni.Kiss sikit, Muuaahh..muaahh..muahhh... Dah berusang sebab dah lama tak berusik.Sibuk la katakan yek ! Sibuk tak sibuk sangat la. Cuma tak ada semangat nak berblogging.Entah kenapa. Hhhhhmmm....


Ok..Ok.. Be serious.Nak dengar cerita tak? Jeng..jeng..jeng! Right now, I'm just want to share with u olzz bout my trip to Pangkor last time(12 n 13 Nov 2011).
Actually trip ni under Biology subject. So, yg join nya of course la budak-budak Bio(Form 4 je tau) 


Ianya mmg suatu kenangan manis buat saya dan kwn2! Sir kitaorg yang arrange trip ni.
Ada beberapa aktiviti yg kitaorg buat kat sana and the best activity yg kitaorg buat ialah BBQ. hhhmmm.... terkenang kembali time tgh bakar ayam, satay, sosej. Totally make me feel hungry when think bout it ! Ouh yeah !


Time BBQ tu, Fuuhh ! ! berair mata ni tau. sebab mata ni disajikan dengan asap2. Dah macam tgk drama sedih pulak. Bukan saya sorang je, kawan2 yg tolong bakar tu semuanya berair mata plus berpeluh mcm mandi (mandi peluh). Pedih mata pun ada. Walaupun ada macam2 rasa, tapi itu tak bermakna kitaorg benci dgn BBQ. Rasa2 tu la yang buat kami sentiasa teringat kenangan kami di Pangkor.


If i'm not mistaken,kami bertolak around 8 am. As usual we went to Lumut first by bus. The bus was good. Got air-cond n so selesa utk tidur. Hehehe.. tidur je la tau kan ! Mana taknya,time dlm perjalanan tu, mmg sedap tidur. Nak tau pasai pa? Hah !ni cek nak habaq ni. At that time, it was raining. Tak la lebat giler2 ! 


We were worried you know. Kalau hujan, nanti macam mana kami nak buat outdoor activities kat Pangkor. waaarrrggghhh.... Takpe2, hujan tu kan rahmat. Ini bermakna Allah merahmati perjalanan kami dan merahmati trip kami. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT kerana meletakkan kami, hamba-hamba-Mu di bawah perlindungan-Mu.


So, I want to show some pictures when we were in our way to Lumut. Jom check it out !


Hah ! As you can see, yg pakai baju merah nak oren tu Maya and next her is Aini. So sweet both of them ! Sweet macam sweet la kan. hehehe..






Ok, yang tgh buat 'Peace No Perang' berbaju biru tu Hazirah dan cik adik yang tersenyum manis tu Mira merangkap asistant monitor. 




 Ini Atiqah ! Cik Atiqah kita ni kalau senyum sungguh menawan ! Dia duduk sebelah saya dalam bas.




Wow ! Tgk la dia ni tidoq. Orang lain tidoq pakai satu seat je, tapi dia ni sampai 2 seat sekali. Siap tutup muka lagi tu. macam la orang tak tau. nak tau sape dia ni?? Ni la Amin...




Satu lagi gambar yang sempat saya ambil. Azman ni lebih kurang je dengan Amin tadi. Dah macam sleeping beauty. Jangan marah yer. Hik3




Amboi ! tadi celik mata elok bila saya ambil gambar diaorg ni. sekarang ni sedap tidur pulak. Tidur yang sopan. Kepala bersepadu. Hahaha... Diaorg ni mmg tak sedar saya ambil gambar diaorg time tidur. Tidur nyenyak la katakan.


Ok... tu serba sedikit gambar masa kami dalam bas. Sekarang ni kita nak tgk gambar bila dh sampai jeti. Jom...jom...



Look at the picture. You can se they brought many bags. Yang jadi byknya sebab kami bawak bahan2 utk BBQ dan kotak2 air mineral. Gembiranya diaorg ni kan !


Aiyark ! Gambar mcm gegar je. Gambar tak elok sikit. Sapa yang ambil ni? ni yang nak marah ni. Hehehe...

Ok, I will show you some pictures when we were in ferry.


Dalam ferry ni mmg best ! Tip top. Banyak seat kosong time tu. Luas pulak tu. Aini and Maya here ! :)


                                            Here we can see Mira with Atiqah ! ! ! :D


Tadi Mira dengan Atiqah. Sekarang ni Mira dengan siapa ek? Siapa dia yang memakai baju ungu tu yer?? Hhhmm...


                                                       Oit ! Tembamnya muka....


Inilah Cik Fadzni kita yang kecil molek. Memang comel. Saya dengan dia ni mmg sekepala. Gila-gila. Hahaha...


Time ni kat luar ferry. Though it was raining out there, we still want to go out to see scenery yang mendamaikan hati. sungguh indah ciptaan Allah SWT. Subhanallah.


Look at that. Latar belakangnya so beautiful right. Diaorng ni hujan2 pun still can give me a good pose..


                          Mira in the house babeh ! Senyuman yang sangat manis.


What were they looking at? Nampak dolphin ke? Ciwaaaahhh... mana ada dolphin kat situ. Merepek kan. Hehehe...


Bak kata Hazirah, "Eh! Kita ni macam kat oversea je" Hahaha... Dia cakap macam tu sebab background gambar ni macam kat luar negara. Hhmmm... betul jugak. Berkabus tebal. Hujan! Hujan !


Orang lain semua pandang depan sana, tapi Hazirah ni pandang belakang pulak. Dia nak buat peace tu tapi tak sempat. Hehehe..... Suka tengok gambar ni.


Fall in love with this picture. Really like it. Nampak tak sapa yang berdiri tgh2 yg tinggi2 tu? Yang tu la sir kami, Sir Gerard. He's so sporting ! So friendly dengan kami semua.


Tengok tu ! Tengok ! hoooraayyy....Hoooorraaaayyy... Jelas terpancak riak gembira di setiap wajah dalam gambar ni. Good pose friends...

Ehem! Ehem! Sampai di sini sahaja dulu la yek ! I'm so sleepy right now. Insya-Allah nanti saya sambung untuk Part II pulak ok ! See you guys at the next part. 
Bye-bye ! Goodnight ! Assalamualaikum...

p/s: The quality of the pictures not too good guys. So sorry! Wa mintak maaf manyak-manyak oooo... Wa punya kamela mulah saja maaa... Talak luit mao bli yang mahal. Janji ada gambar pun sulah cukup ! Kan?kan?kan?

Love you more,
Miss Nurul (^_^)
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Tuesday, August 2, 2011

Lovely Evening with THEM ! ~HOTPLATE~

Assalamualaikum to all Muslims....
Jawab salam tu, WAJIB tau ! :)

Hye everybody! We meet again !
Lately, saya rajin sikit  nak post new n3 kat blog ni....
Hehehehe.... rajin la sangat yer... : p
This time I just want to share some pictures with all of you.
It's ok right??? ~ngeee~
OK ke KO ke kena tgk jugak ! (paksa2 mcm diktator pulak)

Last Thursday, what a great day !
Guess what?? Jeng...jeng...jeng.....
Ala, mcm la surprise sgt ! Aiseyman...
Gempak je lebih. Hahaha....
Ok2 ! Kita mula cerita kita...

I have spent my time with 3 of my friends, Atiqah,Aini and Fhaz,
Actually,this was our last minute plan.
Terkejut sgt sbb last2 jd jugak plan kitaorang ni...
Dekat sekolah kitaorang ada sembang pasal chopstick.
Entah mcm mana blh terkeluar cerita pasal sizzling mee...
Then, Atiqah asked me to go to the Giant food court to have sizzling mee.
I agreed to join her as I don't have a thing to do in the evening.
Just, zzzzz......zzzzz....zzzz.... You know what I mean right!
 Many people said that sizzling mee at the food court is so delicious.
So,I wanna make a try. I asked Aini n Fhaz to join us too.
We set up the time.

When, we wanted to make an order, there was no sizzling me but there was a hotplate.
For me, sizzling me and hotplate are just the same.
Hhhmmm.... ye ke?? Nak dekat sama la...
Hotplate pun hotplate la, cause my tummy dah berdondang sayang !
Can't stand it anymore !Kita redaaaahhhhhh jeeee...... Hehehe...
Here are some pictures when we were at the food court , having our marvelous HOTPLATE !
Yummy...Yummy.... Jom la mkn sekali ! hik3 !

This is mine ! Not yours ok ! hahaha...
namanya apa ea?? eden dah lupo !telan semut byk sgt kot!
No kiddin ! Mmg sedap!Indescribable beb!

Look ! That's Atiqah ! She looked moody b'cause she unsatisfied with her order !
Alamak! tersalah pilih la pulak ! Nak buat mcm mana??
Kena mkn jugak la... Kalau tak?? Membazir la kan !
It's okay, next time can come here again. Order which one do you prefer.

Aini is here ! Wah ! Looked so happy! Have a sweet smile..Agree with me?? hehehe..
She was so excited with this outing. Same goes with me. 
Suka yer bila org snap pic utk dia.. Senyum sampai ke telinga....

Who is she?? Hhhmm... That's Fhaz, with her love pink t-shirt !
Looks so nice right ! Actually, she felt so shy when I wanted to snap her picture. 
That's why we just can see sebelah je. Muka depan tak nampak. Malu  la katakan.
Takpe...takpe.. Jgn malu2 ! Makan la...makan...

Yeah! You already saw the pictures.... 
Actually, there are many other pictures but I can't upload it right now because don't have enough time.
Maybe, for the next n3, I will put all the pictures here.
To Aini: Aku sulah upload ini gamba... Tp sidikit saja laa.. Lain hari, aku upload lagi. Tala manyak masa oo...
Ok, till here. Hope we can meet again for the next time. 
I'm so glad if you can drop a comment. 
LOVE YOU......

Love Allah, Love Islam.
~Miss Nurul~
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Wednesday, July 27, 2011

TEST 2 ~ doing good??

Assalamualaikum to all Muslims......
Jawab salam tu, WAJIB tau ! :)

Nak cakap pasal apa ni??? Speechless la pulak. Adeehh ! ;p
Hhhmm.... fikir....fikir...fikir.... ?????
Hah ! Gotcha ! So, I'm gonna talk bout my TEST 2 that has finished today.
Hehehehe.... like it ! Finally it's OVER ! ! !
I'm not doing a good preparation for this TEST 2.
Everybody said, " Aku tak rasa apa-apa pun utk test kali ni. Ala, test je pun"
Same goes with me. Didn't have a mood to study. Hahahaha.... malasnya saya ni. :-)
Apa nak jadi ni??? Ish3 !(marah diri sendiri)
Study pun last-last minute. Hurm.... kelam kabut la jadinya. Nak cover semua subject, mmg tak sempat.
Baca gitu-gitu je. Nasib la... sapa suruh malas study?? Hihihi.
So, on the test day, jeng...jeng...jeng....
Jawab la kome... terketar-ketar bila dapat kertas soalan...
Terbeliak biji mata mcm nak terkeluar dah....
Jawab jgn tak jawab !


For me, test kali ni,subjek yg agak susah, +maths, physics, and biology.
Talk bout +maths. Wow ! ! it dumbfounded me.
Mana taknya, soalan2 nyer blh tahan susah.
Mcm2 rasa ada time tgk soalan tu.
Nak menangis menjawabnya.....
Hentam saja la labu.....
Everybody said that this +maths test was so hard.
Tagline yg POPULAR, " Mampus aku kali ni. Hancur!" :)
Lepas kertas dikutip semula, mood semua orang down. :(
Geram dgn kertas +maths tu, rasa nak koyak-koyak je !
Sabo je ler..... : /
Nak buat mcm mana, semua dh lepas.
Can't do anything !
Let bygone, be bygone......
Yang paling penting, TEST 2 dh TAMAT ! !
Yeeeaaahh ! ! ! (Lompat tinggi-tinggi sampai kena siling) hahaha

Love Allah, Love Islam
~Miss Nurul~
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Thursday, June 30, 2011

Persahabatan Itu Indah

Assalamualaikum to all the readers of my blog. Alhamdulillah, finally I can post one entry for this blog. Although I'm quite busy , but I try to post new entry. For this time, my entry is a bit different. Just want to share with all of you. I really hope that you will read and like it ;) I really appreciate it ! 

~Persahabatan Itu Indah~

Sahabat itu merupakan salah satu anugerah Allah S.W.T. yang terindah.
Ianya sungguh indah untuk dikenang.
Bagi mereka yang punya sahabat, pasti akan merasa kemanisan bersahabat.
Sahabat merupakan orang kedua terpenting dalam hidup kita selepas ahli-ahli keluarga kita.
Persahabatan juga seperti cinta.
Ia perlu berlandaskan kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran yang telus.
Tanpa kepercayaan yang kuat, keikhlasan yang murni dan kejujuran, musnahlah persahabatan itu.
Dalam persahabatan juga memerlukan kesetiaan.
Sahabat yang setia ialah sahabat yang sentiasa di samping kita di kala susah dan senang.
Mereka yang sudi berkongsi segala kisah duka dan gembira.
Akan setia menemani kita setiap masa.
Bukan mudah untuk memperolehi sahabat yang sebegitu.
Ia memerlukan kesabaran dan doa yang ikhlas kepada yang Maha Esa.
Dalam persahabatan, memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk mewujudkan keserasian dan membina tembok keprcayaan.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justeru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.

Setiap hari kita harungi bersama-sama sahabat dan terlakarlah segala kenangan yang sentiasa tersemat di kotak memori kita.
Segala kenangan pahit dan manis.
Dalam persahabatan ini, terdapat pelbagai perisa.
Ada masam.
Ada manis.
Ada pahit.
Ada tawar.
Ada masin.
Tanpa kita sedari, dalam persahabatan ini wujud dugaan tanpa dipinta.
Persahatan tidak lari dari pelbagai dugaan.
Itulah ujian Allah S.W.T. kepada kita semua yang bersahabat.
Sama ada kita ini cekal hati, kaya dengan kesabaran untuk mengharungi segala dugaan-Nya tanpa keluh dan kesah.

Persahabatan sering menghadapi beberapa dugaan, tetapi
persahabatan sejati dapat mengatasi cdugaan itu bahkan
bertumbuh bersama kerananya…

Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Jika kita berfikir sejenak,kita dapati  ujian itulah yang akan mengeratkan lagi tali persahabatan kita.
Setiap ujian Allah S.W.T. ada hikmah-Nya.
Janganlah kita memikirkan kesan buruk sesuatu perkara itu.
Tetapi fikirkanlah kebaikan yang bakal kita kecapi selepas itu.
Jadilah seorang yang Optimistik !
Sebagai sahabat, kita harus menjadi seorang PENDENGAR SETIA kepada sahabat kita.
Mendengar segala luahan hatinya dengan doa agar hatinya akan menjadi lebih tenang dan jauh dari segala kesusahan.
Persahatan yang sejati memerlukan sikap suka maaf-bermaafan antara satu sama lain.
Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menggores hati sahabat kita.
Sebab itu, dalam berkomunikasi dengan sahabat kita, memerlukan tutur kata yang penuh kesopanan dan  kata-kata yang manis.
Jika kita ada membuat salah kepada sahabat kita, dengan penuh rasa rendah diri, mintalah kemaafan daripadanya.
Sahabat yang seorang lagi itu, perlulah memaafkan sahabat itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
Dengan menjadi seorang yang pemaaf, insya-Allah hidup kita akan sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T. dan sentiasa tenang serta harmoni.

Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenali kita .
Dalam kesengsaraan, kita mengenali teman-teman kita.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.




Renung-renungkanlah.......
Mengambil sedikit masa untuk berfikir......
Tidak rugi memikirkan tentang perkara yang baik.....
Amin...Amin.. Ya Rabbal Alamin...
May Allah bless all of you. :)
I'm so happy if you can leave a comment :)
 
Love Allah , Love Islam
~Miss Nurul~ (^_^)

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Friday, June 10, 2011

HAPPY HOLIDAY ! ! ! (^_^)

Assalamualaikum to all the readers.As a Muslim, you should answer my salam... If not?? Hhhmm.....
First of all I wish you......




It was quite a long time I didn't update my blog. Hhhmmm.... why? Hehehehe... I'm also don't know the best reason. Maybe I was too enjoyed with my holiday.I love holiday.Hahahaha..... All of you out there also love holiday right?

Hah ! Talk about holiday, I will out of mood because my holiday will be over in a couple of days. Waaarrgghhh ! ! ! Hate it ! Hate it ! Hate it !

Most of times for this holiday, I spend it at my hometown at Merbok, Kedah. You know what ? Sekarang MUSIM DURIAN ! ! ! Wow ! It's so great ! I love durian. I don't know whether you out there like it or not. You should try it. It's so marvelous. Got no words to describe it taste. hehehehehe....There are some people do not like just because of it's smell. My Wan(Grandpa) got an orchard at Tupah. So, everyday he will bring home a few durians for me and other relatives. Yg bestnya, kami dpt mkn durian FREE ! !  yeeaaahhh ! ! ! ! Hahahaha...... =)

I'm gonna say Goodbye to MY HOLIDAY..... (~_~)
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru ~ Happy Teacher's day

Assalamualaikum.... Semoga anda semua diberkati Allah S.W.T. dan diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hmmm.... apa yang istimewa dengan 16 Mei ni ????? Anybody knows about it ?
Yeah ! saya pasti semua tahu tentangnya... 16 Mei merupakan  Hari Guru yang disambut oleh warga sekolah seluruh negara... Hari Guru merupakan hari yg sgt bermakna buat para guru... Pada hari keramat ini kita dapat lihat kebanyakan para pelajar memberikan hadiah kepada guru masing-masing.

Betapa terharunya guru-guru kita apabila menerima hadiah daripada para pelajar.Itulah tanda terima kasih kita kepada guru-guru kita atas pengorbanan mereka.Segala jasa dan budi baik mereka hanya Allah yg mampu membalasnya.Tidak terhitung rasanya jasa dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada kita. Kita sebagai pelajar seharusnya mengenang da menghargai jasa mereka.

Tanpa guru yang sudi mengajar kita daripada tidak mengenal ABC , mungkin sekarang kita tidak mampu menggapai kejayaan yang telah kita kecapi sekarang. Mereka sanggup menghabiskan wang dan tenaga ibarat membakar diri hanya untuk melihat anak-anak muridnya berjaya hingga ke menara gading... Pengorbanan merekalah yang telah mengajar kita untuk berdiri di atas kaki sendiri seperti sekarang ini.

Di kesempatan ini , ingin saya ucapkan SELAMAT HARI GURU > HAPPY TEACHER'S DAY kepada cikgu-cikgu saya yang telah bersusah payah mengajar saya  tanpa keluh kesah..... Tidak akan saya lupakan segala jasa dan budi baik serta pengorbanan cikgu-cikgu sekalian. Tanpa cikgu-cikgu, siapalah saya ! walau kita terpisah jauh, saya tetap mengingati cikgu-cikgu semua. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu membalasnya.You are always in my heart ! Deeply in my heart ! I will never forget all of you ! May Allah bless all of you. Saya mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu dan saya doakan semoga cikgu-cikgu dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. , dimurahkan rezeki , diberi kebahagiaan yang berpanjangan dan dilindungi di dunia dan di akhirat. Amin................  ;)


I Love you, Teachers ! !


Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan anda semua ! ! :)





thank you for everything !


You're the BEST............
special for all of you ,,,



 happy in teaching !



A poem for you.....




dahulu yang baru mahu belajar mengenali ABC , 123 .......


appreciate them ! ! they inspired us !


Hargailah mereka....
Sayangilah mereka....
Hormatilah mereka...
Mereka ibarat ibu dan ayah kita... ;)

Alhamdulillah...... Itulah serba sedikit coretan saya tentang Hari Guru ! Jumpa di masa akan datang. Assalamualaikum.... ~Miss Nurul~

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Friday, April 29, 2011

Diari Lidya Irdina(Siri 3)

Diari Lidya Irdina

EPISOD~OUTING BERSAMA ALEESYA PADA HARI MINGGU

Wah! Memang ramai orang hari ni. Biasa la kan, hari minggu. Semua pakat keluar mai Jusco. Ada yang datang bersama keluarga dan kawan-kawan. Hah ! Termasuk aku sekali la tu. Hehehe... Hari ni aku date dengan Aleesya di Jusco Kinta City Ipoh. Kami bercadang nak tengok wayang cerita Cun! dan window shopping sahaja. Sudah lama kami tidak dating bersama. Almaklumla....masing-masing sibuk dengan hal sekolah. Sibuk ke??? Hahahaha.... Apa-apa aje la...

Jom kita start the story... Jeng...Jeng...Jeng....

"Lya, jom teman aku pergi tandas jap. Nature call la...hehehe" , ajak Aleesya.

Aku terus berhenti dari berjalan dan menoleh ke arah Aleesya sambil menunjukkan riak muka yang terkejut.

"Ala...kau ni tak puas-puas lagi ke berdating dengan Mr. Tan tu?Tadi kan baru je dating.Ni nak pergi lagi. Aish! Macam-macam." , kataku kepada Aleesya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mr. Tan tu aku maksudkan tandas. Hehehe...suka-suka je create nama baru.

"Hello! Dah dia call takkan aku nak ignore pulak. Nanti tak pasal-pasal aku dapat penyakit buah pinggang. One more thing! Bila masa pulak la aku ni desperate sangat nak berdating dengan Mr. Tan tu? Takde maknanya. Buang masa aku je. Daripada dating dengan Mr. Tan tu lebih baik aku dating dengan Lee Dong Wook. Lagi best !" , kata Aleesya sambil tersenyum sumbing membayangkan hero kesayangannya itu.

"Eleh! Perasan je lebih minah ni." , kataku sambil mencebikkan bibir.

" Sudah...sudah. Aku dah tak tahan ni. Jom teman aku cepat" , ajak Aleesya sekali lagi sambil menarik tanganku dengan pantas menuju ke tandas yang tidak jauh dari tempat kami berdiri tadi.

" Agak-agak la pun kalau nak tarik aku. Sakit tau tak. Tangan ni aku bayar insurans tau. Kalau tercabut nanti, kau nak ganti ke?" , kata aku dalam bengang.

Ish ! Dia ni. Sedap-sedap je tarik tangan aku macam tu. Dia ingat tangan aku ni apa? Tangan anak patung ke? , gumamku dalam hati.

"Kau ni banyak betul bunyinya. Pot pet sana..Pot pet sini... Macam burung murai tercabut ekor. Aku sumbat mulut kau dengan plastik beg ni baru tau nak diam kot." , komen Aleesya tentang kebecokan aku sambil menunjukkan beg plastik bercop Jusco.

.....................................................................................................................................................

 "Wah! Cantiknya baju-baju kat sini. Aku ingat nak beli sehelai la. Ada offer 35% pulak tu." Aku begitu teruja dengan baju-baju yang tergantung di dalam butik PADINI. Kulihat Aleesya pun begitu excited semacam.

Aku bertanya kepada Aleesya, " Kau nak beli ke? Aku nak beli la. Bukan selalu pun."

Aleesya tersenyum-senyum sambil mengangguk.

"Hhhmm....Aku pun nak beli satu la." , katanya.

Kami berdua keluar dari butik PADINI selepas membuat pembayaran sambil menjinjing beg kertas PADINI masig-masing. Aish! Tadi kata nak window shopping sahaja. Sekarang ni dah lari dari target la pula. Habis la balik rumah nanti. Mesti kena berleter dengan mummy.

Sambil berjalan  menyusuri kedai jam, Aleesya bersuara, " Wei! Apa kata kita makan dulu kat Secret Recipe sebelum pergi tengok wayang.Nak tak? Cerita tu mula pukul 3.30 petang kan? Hhhmm...sekarang baru pukul 3.00 petang. Masih sempat untuk kita berdua mencekik kat sana."

Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil berkata, " Hhhmmm...bagus jugak cadangan kau tu. Lagipun perut aku ni dah berkeroncong lagu macam-macam lagu dah ni."

"Okay,jom kita serbu Secret Recipe sekaraaaang........" Aleesya menjerit sedikit tinggi seperti mahu berperang pula.

Ish! Dia ni.Lebih-lebih nampak.Orang tengok nanti tak pasal-pasal dapat malu free of charge.Gaya macam dah tak makan sebulan. Sabo je ler.... aku berkata dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat si Aleesya ni.

Kedai Secret Recipe yang terletak di hadapan MPH itu kelihatan penuh dengan orang ramai. Aku dan Aleesya mengambil tempat di satu sudut penjuru. Hah ! Baru best sikit nak lepak-lepak.

" Esya, kau nak makan apa? Aku nak makan kek blueberry je. Cepat sikit."

"  Aku ingat nak makan moist chocolate cake. Dah lama aku tak makan. "

Sedang aku dan Aleesya menikmati kesedapan kek masing-masing, aku terasa seperti kami diperhatikan tidak jauh dari tempat kami duduk. Aish ! Terasa seram pula aku. Ah! Lantak la. Perasaan aku je kot.

Tiba-tiba..........

"Hye girls ! Takkan makan kek je kot ? ", sapa seorang lelaki yang entah datang dari mana.

Aku dan Aleesya menoleh ke arah suara yang datang untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang menyapa kami sebentar tadi. Sebaik aku menoleh, aku terasa seperti jantung aku berhenti buat seketika. Kami berdua ternganga sambil mata terbeliak seperti sedang melihat hantu sundal bolong di hadapan kami.

Aku dan Aleesya bersuara, "Kau...Mat Dongga?? Apa kau buat dekat sini?"

Faruq Durrani tersenyum lalu ketawa dengan pertanyaan aku dan Aleesya sebentar tadi.
Hellooo..... Kelakar sangat ke soalan aku tu sampai dia ketawa sampai nak terkeluar gigi-gigi dia? Tak faham betul aku dengan Mat Dongga ni.

Aku sudah menunjukkan muka geram sambil mengetip bibir.

"Apasal kau gelak? Lawak sangat ke? Tersengih-sengih macam kambing kat kandang Pak Sohot tu." , aku bersuara.

"Entah kau ni. Tiba-tiba je gelak tak ada angin tak ada ribut. Kitaorang tanya kau Mat Dongga oi. Bukannya buat lawak antarabangsa. Sengal punya Faruq !" , Aleesya pula berkata.

Faruq Durrani berhenti daripada ketawa dan tersenyum lalu berkata, " Salah ke kalau aku nak gelak ke, nak senyum ke? Suka hati aku la. Mulut aku. Bukan mulut korang. Yang korang duk sibuk ni apa pasal? One more thing, aku gelak tadi sebab soalan korang tu kelakar sangat. Ye la, kalau orang datang sini takkan la nak memancing kot. Mesti la nak shopping and outing macam korang berdua ni.

Aku dan Aleesya menunjukkan muka menyampah. Wah...wah..wah... Banyak cakap pulak Mat Dongga ni. Aku seligi nanti baru tau.

" Hahahahaha....apa-apa je la Encik Faruq Durrani oi.Ada kami kisah kau tu nak shopping ke, nak outing ke, nak dating ke? Huh ! Absolutely not! " , aku membalas kata-kata Faruq Durrani tadi.

Aleesya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda sokong dengan hujah aku.

Aku bangun dengan serta-merta lalu mengajak Aleesya, " Esya, jom kita blah dari sini. Aku rasa hot and spicy pulak dekat sini. Tiba-tiba ada naga datang sembur api dekat sini. Macam tak de tempat lain nak sembur. Tadi elok je rasa sejuk dan nyaman, tapi sekarang  terasa bahang pulak."

Aku memerli Mat Dongga tu sebenarnya. Lebih baik aku blah cepat sebelum benda lain yang jadi nanti.Aleesya bangun dari duduknya dengan kasar. Marah jugak la tu. Terus aku menarik tangan Aleesya lalu berlalu pergi.

"Bye-bye Cik Irdina dan Cik Aleesya sayang. Jumpa lagi ye..." , Faruq Durrani melambai-lambaikan tangannya ke arah aku dan Aleesya gayanya seperti artis terkenal sambil tersenyum kambing.

Aku dan Aleesya menoleh ke arahnya.Aku memberi satu jelingan maut dan menjelirkan lidah kepadanya.

" Ceh! Menyampah betul aku tengok dia tu. Ingat dia tu handsome sangat ke." luahku.

Aleesya berkata, " Lya, kau jangan layan sangat Si Mat Dongga tu. Dia tu kan jenis kepala dongga. Kalau kita layan, kita-kita sekali jadi kepala dongga macam dia tu. Lagi sakit hati ada la. "

Secara tiba-tiba, aku berhenti dari berjalan dan terdiam seketika sambil melihat jam tangan Polo aku yang terletak elok di pergelangan tangan kiri.

Aku bertanya kepada Aleesya, " Eh Esya ! Cerita tu mula pukul 3.30 kan ?"

Aleesya mengangguk dan berkata, " Yes. Kenapa? "

" Cuba kau tengok jam kau dah pukul berapa sekarang ni."

Dahi Aleesya berkerut kerana pelik dengan pertanyaan aku. Tetapi dia tetap buat apa yang aku suruh.

"Ya Allah ! Lya ! Kita dah lambat 5 minit ni. Aduh ! Macam mana boleh terleka ni? Jom kita gerak cepat." Aleesya sudah cemas kerana kami  terlewat 5 minit untuk pergi menonton wayang.Kemudian dia terus menarik pergelanganku dan kami berlari menuju ke tempat tayangan.

"Ni semua Mat Dongga tu punya pasal la. Siap la kau Mat Dongga. Kalau aku jumpa kau lagi , tau la apa aku nak buat dekat kau." , aku bersuara tidak puas hati dengan Faruq Durrani yang telah menyebabkan mereka lambat.

"Lya, kau ni kan ! Kita dah lambat tau tak. Kau ni boleh lagi duk membebel, merapu meraban pasal Faruq tu. " Aleesya sudah menunjukkan muka singanya itu. Wow! Takutnya. Minah ni kalau marah, hah! satu shopping kompleks ni boleh dengar ngaumannya itu. Eeeeiii..... scary tau.

Akhirnya kami sampai ke tingkat atas. Kami terus menuju ke arah seorang petugas pintu pawagam untuk menyerahkan tiket. Aku terkial-kial mengeluarkan tiket wayang yang telah aku simpan di dalam beg LV  hitam kesayanganku. Gotcha! Ada pun. Aku menyerahkan tiket wayang kami kepada petugas perempuan itu sebelum dia mengoyakkan sebahagian daripada tiket wayang itu dan menyerahkannya kembali kepadaku. Aku menyambutnya dengan sopan dan memberikan segaris senyuman.

Kataku, " Terima kasih."

Petugas perempuan itu tersenyum lalu menjawab, " Sama-sama. Cepat sikit dik, wayang dah nak mula tu."

Aku dan Aleesya mengangguk-angguk perlahan lalu dengan segera masuk ke dalam tempat tayangan.
Setelah masuk ke dalam, kami berhenti seketika kerana keadaan di dalam sudah menjadi gelap. Ini menyukarkan kami untuk mencari tempat duduk yang telah kami tempah. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Aleesya toleh ke arahku dengan muka yang monyok. Aleesya berkata, " Lya, macam mana ni? Gelap la. Susah nak cari tempat. Kita duduk je la kat mana-mana tempat yang kosong.

Aku mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.

" Aish ! Kau ni gelabah sangat. Relax la. Aku boleh cari tempat kita. You don't have to worry babe. It's just a small matter.Bukannya gelap sangat sampai tak nampak langsung. " Aku cuba menawarkan diri untuk mencari tempat duduk kami. Handpro la katakan.
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Tuesday, April 19, 2011

Diari Lidya Irdina (Siri 2)

EPISOD~ YAHOO MESSENGER BERSAMA ALONG DAN ANGAH

Aku mengunci pintu bilik dengan perlahan-lahan untuk tidak mengejutkan seisi rumah yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku menuju ke meja belajar  mengambil laptop Apple ku dan terus bergerak ke atas katil queen bercadar corak bunga-bunya warna ungu. Jangan tak tahu. Aku ni peminat setia warna ungu tau. Hehehehe…. Aku tekan butang on dan terus sign in YM. Malam ni aku nak berYM dengan Along dan Angah yang kini berada di Abeerden, UK. Sudah lama aku tak bersembang dengan mereka di YM. Sekarang lah masanya untuk mengubat rinduku kepada dua orang abang kembarku itu.
Ish! Mana pulak Along dengan Angah ni. Hari tu cakap nak online Ym sama-sama.

Buzz…Buzz…

Prince Danish: Hye adikku sayang…..

Hah ! Ada pun… Lambat betul.Aku pun mula membalas.

Cik Pisang: Assalamualaikum………

Prince Danish: Oppss…sorry.. Waalaikummussalam….

Cik Pisang: Amboi3 ! Mentang2 dah lama duk kat UK, salam pun dah lupa nak bagi yer along ni…

Prince Danish: Hehehehe….I’m so sorry dear. I’m promise I will not do that again.

Cik Pisang: Hah! Macam tu la Along Lya… Hhhmm…how was your study? Everything is ok?

Prince Danish:  Alhamdulillah..So far so great. Lagi seminggu along dgn angah ada final exam.
                          Yeah! Lepas tu along dgn angah boleh balik Malaysia. Wah! Nikmatnya…
                          Rindunya dgn Malaysia.

Cik Pisang: Hah ! Ye ke ? Best la  along yer.. Dah abis blaja.. Anyway, Final exam tu along dgn
                   angah kena buat betul-betul untuk dapatkan result yang malatop! Hahaha…

Prince Danish: Ok dear. I will. Rindunya dengan mummy, daddy, yaya and u too.

Cik Pisang: Me too along.

Prince Danish: Mummy ,daddy and yaya  mcm mana? Sihat ?

Cik Pisang: Alhamdulillah sihat. Lya pun sihat sejahtera.

Prince Danish: Orang tak tanya pun. Sibuk je jawab. ;p

Cik Pisang: Ala…Lya dah tau nanti along akan tanya. Sbb tu Lya jawab siap2. J
                  Along dgn angah mcm mana? Sihat?

Prince Danish: Aik! Sekarang baru nak tanya? Ish3 ! Apa la Lya ni…

Cik Pisang: Hehehehe…sorry…. Jgn marah yer.

Prince Danish: Mcm2 la Lya ni. Hhhmm… Kami semua sihat di sini. Don’t worry dear.

Cik Pisang: Syukur Alhamdulillah. Along…angah mana? Dia tak YM sekali ke?

Prince Danish: Angah???  Ni hah ! Dia ada kat sebelah along ni. Menyibuk je.

Cik Pisang: Hahaha… ye ke ? Lya ingat dia tgh buat tahi mata (jgn mrh yer angahku syg). (^_^)

Buzz….Buzz…Buzz…

Mr.Rayyan: Wah3! Syoknya dia mengutuk angah…. Marah ni!

Aik! Ada pun dia ni. Aku ingatkan tengah tidur.Hehehehe.

Cik Pisang: Eh ! Angah ! Ada rupanya. Lya ingat angah tgh dibuai mimpi…Mana ada Lya
                   Mengutuk angah! Lya mengata je…Hahahaha….  ;)

Mr.Rayyan: Hah! Sama la tu. Amboi3! Mulut tu mmg nk kena cili yer…Siap la Lya nanti bila
                   Angah blk Malaysia nanti…

Cik Pisang: Eleh ! Ingat org tkt ke?? Cili la kalau berani. Lya bg tau mummy nanti.

Mr.Rayyan: Sikit-sikit nak bg tau mummy. Ank manja btl. Tak padan dgn umur yg dh tua tu.
                   Kah…Kah…Kah….

Cik Pisang: Biar la. Angah sibuk buat apa. Ala…Lya tau angah jealous kan ! Mengaku je la.

Mr.Rayyan: Tak kuasa angah nak jealous dgn Lya. Eeee…. Tak kuasa teman! :p  :p  :p

Prince Danish: Sdh3! Tak payah nak brgaduh. Korang dua org ni pantang jmp mst nk bergdh.
                         Aish! Apa la…

Along hantar mesej kepada aku.

Cik Pisang: Along!!! Angah yg mulakan dulu. Bkn Lya….  ;p

Mr.Rayyan: Hahahhaa…padan muka Lya. Kan dh kena mrh dgn Along ! :p

Cik Pisang: Ada Lya kisah ke ??? Gedik btl angah ni..wekkk!!!

Prince Danish: Lya… Along rasa Lya jgn lyn sgt perangai angah tu ! Along rasa dia tu dh biul     
                         sikit.Byk sgt mengadap buku tu….

Cik Pisang: Baik alongku syg. And Lya setuju sgt2 ckp along tu. Hehehehe…

Mr.Rayyan: Amboi3 ! Sedapnya kata angah biul… Takpe..Takpe… pergi pecan naik bas, ada hari Angah balas. ;p  

Cik Pisang: So what?? Tak hairan pun… Hhmm…ok lah along and angah yg ku syg. Lya nak
                   tido dh ni. Dh lewat mlm. Esk nk kena bgn awal pergi sek. Nanti kita chat lg ok !
                   And Lya doakan kejayaan along and angah utk final exam nanti. All the best !
                   Chaiyook ! ! ! ! Angah ! I’m sorry ok pasal td. Just nk melawak. Hehehehe

Mr.Rayyan: It’s ok dear…I’m sorry too. Lya pun blaja elok2. Jgn mls2 ! TQ so much. Kirim salam
                   kat mummy, daddy n little Yaya k ! Bye. Assalamualaikum…

Prince Danish: Bye Lya ! C u next time. Thanks doakan kejayaan kami berdua. Kirim salam along utk daddy, mummy and sweet Yaya. Lya kena rjin tau ! Love u ! Assalamualaikum..


Cik Pisang: Insyaallah angah n along ! Lya akn sampaikan! Thanks too...Love both u too. Waalaikummussalam… Bye !

Aku terus sing out dan matikan suis laptop kesayanganku yang berwarna putih itu. Kemudian aku terus merebahkan diri di atas tilamku yang empuk dan membaca surah Al-Fatihah, Ayat kursi, Surah 3 Kul dan doa tidur. Itulah rutin harianku sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan benda-benda yang tidak elok. Good night everybody ! ! (^_^)   
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.