Thursday, June 30, 2011

Persahabatan Itu Indah

Assalamualaikum to all the readers of my blog. Alhamdulillah, finally I can post one entry for this blog. Although I'm quite busy , but I try to post new entry. For this time, my entry is a bit different. Just want to share with all of you. I really hope that you will read and like it ;) I really appreciate it ! 

~Persahabatan Itu Indah~

Sahabat itu merupakan salah satu anugerah Allah S.W.T. yang terindah.
Ianya sungguh indah untuk dikenang.
Bagi mereka yang punya sahabat, pasti akan merasa kemanisan bersahabat.
Sahabat merupakan orang kedua terpenting dalam hidup kita selepas ahli-ahli keluarga kita.
Persahabatan juga seperti cinta.
Ia perlu berlandaskan kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran yang telus.
Tanpa kepercayaan yang kuat, keikhlasan yang murni dan kejujuran, musnahlah persahabatan itu.
Dalam persahabatan juga memerlukan kesetiaan.
Sahabat yang setia ialah sahabat yang sentiasa di samping kita di kala susah dan senang.
Mereka yang sudi berkongsi segala kisah duka dan gembira.
Akan setia menemani kita setiap masa.
Bukan mudah untuk memperolehi sahabat yang sebegitu.
Ia memerlukan kesabaran dan doa yang ikhlas kepada yang Maha Esa.
Dalam persahabatan, memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk mewujudkan keserasian dan membina tembok keprcayaan.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justeru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.

Setiap hari kita harungi bersama-sama sahabat dan terlakarlah segala kenangan yang sentiasa tersemat di kotak memori kita.
Segala kenangan pahit dan manis.
Dalam persahabatan ini, terdapat pelbagai perisa.
Ada masam.
Ada manis.
Ada pahit.
Ada tawar.
Ada masin.
Tanpa kita sedari, dalam persahabatan ini wujud dugaan tanpa dipinta.
Persahatan tidak lari dari pelbagai dugaan.
Itulah ujian Allah S.W.T. kepada kita semua yang bersahabat.
Sama ada kita ini cekal hati, kaya dengan kesabaran untuk mengharungi segala dugaan-Nya tanpa keluh dan kesah.

Persahabatan sering menghadapi beberapa dugaan, tetapi
persahabatan sejati dapat mengatasi cdugaan itu bahkan
bertumbuh bersama kerananya…

Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Jika kita berfikir sejenak,kita dapati  ujian itulah yang akan mengeratkan lagi tali persahabatan kita.
Setiap ujian Allah S.W.T. ada hikmah-Nya.
Janganlah kita memikirkan kesan buruk sesuatu perkara itu.
Tetapi fikirkanlah kebaikan yang bakal kita kecapi selepas itu.
Jadilah seorang yang Optimistik !
Sebagai sahabat, kita harus menjadi seorang PENDENGAR SETIA kepada sahabat kita.
Mendengar segala luahan hatinya dengan doa agar hatinya akan menjadi lebih tenang dan jauh dari segala kesusahan.
Persahatan yang sejati memerlukan sikap suka maaf-bermaafan antara satu sama lain.
Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menggores hati sahabat kita.
Sebab itu, dalam berkomunikasi dengan sahabat kita, memerlukan tutur kata yang penuh kesopanan dan  kata-kata yang manis.
Jika kita ada membuat salah kepada sahabat kita, dengan penuh rasa rendah diri, mintalah kemaafan daripadanya.
Sahabat yang seorang lagi itu, perlulah memaafkan sahabat itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
Dengan menjadi seorang yang pemaaf, insya-Allah hidup kita akan sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T. dan sentiasa tenang serta harmoni.

Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenali kita .
Dalam kesengsaraan, kita mengenali teman-teman kita.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.




Renung-renungkanlah.......
Mengambil sedikit masa untuk berfikir......
Tidak rugi memikirkan tentang perkara yang baik.....
Amin...Amin.. Ya Rabbal Alamin...
May Allah bless all of you. :)
I'm so happy if you can leave a comment :)
 
Love Allah , Love Islam
~Miss Nurul~ (^_^)

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

3 comments:

Nurul QisDhira said...

segala silap dan salah, harap dimaafkan.... :)

Cahaya Pemelihara said...

Mmg pershbtn memerlukan kesabaran dan sifat memahami yg tinggi especially bila kita tengah menghadapi salah faham...

shbt mmg penting dlm hidup kita.
HE knows all the best for us,be patient,:)

Nurul QisDhira said...

hhhmm.... kita setuju....
bukan mudah utk menghapuskan salah faham tu.
sahabat pun ibarat nyawa kita...
ya,Allah tahu ap yg terbaik utk hamba-Nya.
thanks a lot fizah (^_^)

Post a Comment