Sunday, October 31, 2010

Tatapan anda....

hidup ini penuh dgn kenangan....
kenangan manis.....kenangan pahit.....
kenangan mmg sukar utk dilupakan...
KENANGAN MANIS~~~
`semua org mmg suka dgn kenangan manis dan ia merupakan moment2 yg sukar dilupakan dan sentiasa tersemat di ingatan...
`kenangan manis sering membuatkan kita tersenyum sendiri sehingga digelar org gila yg sering dkatakan  layak tinggal di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan yg hakikatnya x la berapa bahagia tp bertmbah gila ada laa...hahaha ;p
`kita melalui kenangan manis bersama-sama rakan,keluarga,saudara-mara dan..........
KENANGAN PAHIT~~~
`sememangnya kenangan pahit amat perit bg setiap org yg melaluinya....
`ia membuatkan hari2 kita spt mendungnya awan yg tandanya hujan bakal turun...
`apabila terkenangkan kenangan pahit ini,jiwa pasti berasa pilu dan akhirnya titisan jernih akan menitis dari sepasang mata kurniaan Allah SWT....
`amat sukar utk kita lupakan kenangan pahit ini namun  ianya harus dilupuskan dari memori ingatan kita sekiranya ia akan mengganggu emosi dan memudaratkan diri sendiri.....
`kenangan pahit bisa membuatkan seseorang itu  menjadi,PENDENDAM,PENDIAM, dan etc.......
;)  :) StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Saturday, October 30, 2010

Aku Mahu Popular Bab 1 E

   " Pandailah awak! Awak lupakah yg guru disiplin pun takut dgn The Wannababes? Fasha anak Tan Sri Hashim. Ayah dia berpangkat dan berpengaruh. Apa sahaja yg Fasha buat, tdk pernah ditegur. Sekiranya Cikgu Amnah berani cuit Fasha, saya berani kerat jari dia tentu ditukar mengajar ke sekolah di Hulu Tembeling.Fasha itu tdk ubah seperti golongan aristokrat yg ada kuasa kebal! TV3 pun takut!" jelas Ina dgn panjang lebar.
   " Tetapi sepatutnya tak ada layanan double standard begitu! "
   " Mereka anak orang kaya. Ada duit semua boleh."
   " Tak kisahlah anak raja, anak Tan Sri, anak Dato', anak Superman, mahupun anak Spiderman! Bukankah semua berstatus pelajar? Tdk adil macam ni!" Gaya Farah berhujah bagaikan menyertai pertandingan debat pusingan Piala Perdana Menteri.
   Ina hanya setia mendengar. Tdk menokok atau menambah . Mahu mengiakan kata2 Farah jauh sekali. Dia lebih berminat dgn keenakan nasi lemaknya.
   Farah yg bersemangat terus menyambung hujahnya. " Awak pernah terfikir, mengapa agaknya kita tdk ada keistimewaan spt Fasha? Saya teringin nak ada meja makan di kantin yg khas utk kita berdua. Saya nak semua orang kenal siapa Farah dan Ina. Tetapi, saya terasa yg kita tergolong dlm pelajar kelas ketiga. Spt golongan hamba saja. " Farah tiba2 termenung sendiri.
   Kali ini kata2 Farah berjaya menghentikan suapan nasi lemak ke mulut Ina. Walaupun dia tdk membalas kata2 Farah, namun jauh di sudut hatinya,dia juga bersetuju.
   Mereka bagaikan menjadi hamba di sekolah sendiri ! Sedihnya ! Kenyataan itu amat sukar didengar,tetapi hakikatnya, itulah situasi sebenar yg ditanggung oleh mereka selama ini. Tiba2 sahaja Ina tiada selera memandang nasi lemak di pinggan yg masih lagi suku berbaki.
   Memang itulah senario turun-temurun yg berlaku di Sekolah Menengah Sri Bangsar. Begitu jelas jurang perbezaan sosial yg wujud antara pelajar.
   Tanpa sedar dan tanpa syarat hitam putih yg termaktub di dlm mana2 dokumen perjanjian,para pelajar di sekolah itu secara automatik dilabel dan diklasifikasikan mengikut piawaian. Terdapat 3 kelas dan setiap pelajar ditentukan kelas masing2 berdasarkan populariti masing2 ! Tahap kecemerlangan dlm pelajaran ternyata tdk bermakna. Paling penting, glamor dan popular !

  Penulis ~ Ain Maisarah

    StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Selamat Datang Cinta 'Prolog' B

   Syed Adib Abrar  termenung di biliknya. Setelah lama dia kehilangan Hanin,membuatkan hidupnya berbeza dr dahulu. Dia kini lbh berhati-hati dlm membuat keputusan yg berkaitan dgn hati dan perasaannya. Dia tdk mahu sejarah lama berulang kembali. Cukuplah sekali  dia melalui semua yg pernah dirasai ketika Hanin  meninggalkan dirinya dahulu. Sakitnya masih dirasai sehingga kini.Menyibukkan diri dgn kerja merupakan jln terbaik buat masa sekarang. Dia langsung tdk mengendahkan nasihat rakan-rakannya. Dia tahu rakan-rakannya sangat mengambil berat terhadap kehidupannya. Tetapi,dia sengaja buat endah tdk endah.
   Selalu juga umi dan adiknya memadankan dirinya dgn mana-mana gadis yg dirasakan sesuai dengannya. Tetapi, berbagai-bagai alasan sudah dikemukakan untuk mengelak daripada semua itu. Bukan itu sahaja, Iskandar, Faiz dan Rizal juda tdk ketinggalan mencarikan jodoh untuknya. Sedangkan masing2 belum berumah tangga kecuali Faiz yg sudah menamatkan zaman bujangnya dgn Suzana tdk lama selepas majlisnya dgn Hanin hancur di tgh jalan.
   Masih ingat bagaimana dia cuba menasihati Faiz supaya dia tdk meneruskan majlis perkahwinannya dgn Suzana. Dia sendiri tdk tahu kenapa dia melakukan semua itu. Namun Faiz dgn tenang membalas kata-katanya.
   " Aku tahu kau takut apa yg berlaku dulu berulang. Insya-Allah aku yakin perkara tu tak kan terjadi. Kau jangan risau."
   Itulah kata2 Faiz yg membuatkan dia terdiam. Begitu berhati-hati Faiz menjawab supaya tdk menyentuh hatinya. Tapi sekarang dia yakin dgn kata2 Faiz. Ternyata Suzana mmg berbeza dgn Hanin.
   Rumah tangga sahabat baiknya itu kini semakin bahagiadgn kehadiran cahaya mata mereka yg comel. Bukan itu sahaja, malahan dia kini boleh dikatakan semakin rapat dgn Suzana. Dia tdk lagi menaruh curiga kpd semua wanita hanya kerana tindakan seorang wanita.
   Namun, untuk dia mencari pengganti,dia masih belum bersedia. Tidak dihiraukan Iskandar yg sudah bertunang. Rizal sahaja yg sudah kurang mendesak seperti dulu. Mungkin juga sebab dia masih belum berpunya.Bersambung.......

   Penulis ~ Aini Atiera StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Friday, October 29, 2010

Selamat Datang Cinta 'Prolog' A

   Sejak tadi mereka bertiga hanya memandang sahaja tingkah laku Adib. Hnedak menghalang tdk  tahu bagaimana caranya. Hendak memujuk juga dirasakan tdk mampu. Mereka hanya mampu membiarkan kesedihan Adib berhenti sendiri. Puas juga mereka mencari lelaki itu yg menghilangkan diri dari rumah. Akhirnya mereka berjumpa juga setelah 2 hari Adib ghaib. Puan Sarah dan Syed Adnan juga sudah tdk berupaya utk memujuk anak lelaki mereka itu.
   Faiz memandang Iskandar. Begitu juga sebaliknya.
   " Tentu dia sedang bahagia sekarang. Maklumlah aku tak ada depan dia." Suara yg tercetus dari bibir itu membuatkan mereka kelu.
   " Dahlah, Adib, jom kita balik," ajak Faiz. Dia sudah tdk sanggup lagi melihat keadaan Adib.Lelaki itu kelihatan tdk terurus. Wajahnya kelihatan serabut. Kalaulahdia dpt Hanin ketika ini, tentu sahaja perempuan itu akn kena dgnnya. Sanggup memperlakukan sahabatnya begitu. 
   Rizal hanya diam memerhati.
  " Aku tak apa-apalah. Aku okey..." ujar Adib bersama tawanya.Dia ketawa seolah-olah dia sdg bahagia sedangkan hatinya hanya Tuhan yg tahu.
   " Adib...." Iskandar menepuk bahu Adib. Matanya tunak memandang wajah Adib yg tertunduk. Sesekali pandangannya diarahkan kpd Rizal dan Faiz. Mereka bersua hanya menggeleng. Tdk tahu apa yg perlu dilakukan.
   Terkaku Iskandar, Rizal dan Faiz bila kedengaran tangisan dari bibir lelaki itu. Sejak mendengar khabar duka itu, Adib langsung tdk bersuara. Inilah kali pertama mereka melihat lelaki itu menangis.
   " Sampai hati Hanin buat aku macam ni," rintih Adib perlahan. Hatinya terasa hancur berkecai mengenangkan perbuatan itu. Terbayang isi surat yg ditinggalkan Hanin di matanya.

 Maafkan saya. Saya dah lukakan hati awak tapi saya terpaksa.
Selama ini saya rasa saya dah  jumpa cinta sejati bila bersama awak,tapi hati saya silap.
Cinta saya masih pada Khairil. 
Maafkan saya Adib.

   Iskandar duduk menghadap sahabat baiknya itu. Dia tdk sanggup lagi membiarkan Adib hanyut dlm kesedihan. Tdk semena-mena Adib memaut bahunya dan melepaskan tangisan di bahunya.
Bersambung..........

Penulis ~ Aini Atiera  StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

karut tgh malam :)

hhmmm......saya baru je buat blog ni...masih dlm proses pembelajaran...hehehe
saya buat blog ni sbb saya nk lampirkan cerita2  dpd novel yg tlh saya baca utk sesiapa yg belum membacanya!nak mengisi masa yg terluang.....(^_^)
harap2 sesiapa yg layari blog saya ni,terhibur la ye....ok..bye...asssalamualaikum... StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Aku Mahu Popular Bab 1 D

   Sudah terang lagi bersuluh,meja itu tdk langsung diduduki oleh sesiapa.Walhal meja lain penuh sesak dgn para pelajar yang berhimpit-himpit spt di dlm tin sardin. Sekali pandang, tentu ada yg beranggapan yg meja itu berhantu sehingga tiada sesiapa pun berani mkn di situ!

    " Awak sudah gila ataupun nyanyuk?" Ina membeliakkan mata ke arah Farah.

   " Mengapa pula?" tanya Farah selamba.

    " Bukannya awak tdk tahu tmpt duduk itu tmpt duduk para VIP. Kita bukannya layak duduk di situ. Sejak azali lagi cuma atlet sekolah,ahli pancaragam dan kumpulan The Wannababes sahaja yg dibenarkan duduk di situ."

   " Itu saya tahulah! Tetapi , apa salahnya kita duduk di situ? Ada meja kosong."

   " Salah besar! Kita ini alien....mereka puteri."

    Farah menjungkitkan kening. " Apa pula ! Kita semua manusia."

   " Betul tetapi tak sama darjat."

   " Ini bukan zaman dulu-dulu." Farah mengeluh.

   " Saya tak nak, nanti dihalau. Malu!"

   " Takkkanlah mereka nak halau kita. Lagi pun sampai 2 meja besar yg ditempahnya. Tengok, meja yg lagi satu itu kosong." Farah meluahkan idea yg padanya dianggap bernas. Lagi pun, dia sudah bosan makan di lokasi tepi longkang sebegini. Terlalu bosan!

   " Marilah....lebih selesa makan di situ. Marilah !" Farah masih lagi mendesak.

   " No...no...no...no! If you want,you do it yourself. I'd rather stay here than humiliate myself in front of these 800 students!" Ina tetap menggeleng laju apabila mendengar cadangan drastik yg keluar dpd mulut Farah.

   " Come on, Ina. Don't be such a coward! Pengecutlah awak ni! Mengapa nak takut dgn budak2 yg perasan glamor tu?"

   " Sorry, saya bukan pengecut!"

   "Habis , tunggu apa lagi? Marilah kita buat muka selamba dan mkn di situ. Mereka bayar yuran sekolah, kita pun bayar. We can sit anywhere we like." Farah masih berusaha memujuk Ina.

   " Walaupun saya bayar yuran sekolah,saya tetap tak nak cari pasal dgn  The Wannababes ."

   " Trust me. They can't do anything to us. Sekiranya mereka cederakan kita, kita beritahu guru disiplin! Tak pun, terus adukan pada TV3. Kes buli mmg jadi isu hebat sekarang ni! Wartawan TV3 tentu akan temu ramah kita. Bayangkan......Farah dan Ina masuk Buletin Utama. Kami adalah mangsa buli yg mahukan keadilan!" Farah berterusan menggesa Ina. Idea2 karutnya itu dikongsi dgn Ina. Bersungguh-sungguh nampaknya Farah!




StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Aku Mahu Popular Bab 1 C

   Pagi tadi Ina tidak sempat bersarapan pagi sebelum ke sekolah.Kelas matematik tambahan pula dua masa dari pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi,nyata sudah menyedut saki-baki nutrien dan tenaganya apabila semuanya dialirkan ke arah otak.Tenaganya sudah digunakan semaksimum mungkin bagi menyelesaikan perkiraan formula  kuadratik  yg begitu rumit.
 
   Bertambah kronik apabila Cikgu Ng Tat Lim,guru matematik tambahan itu mengajar menggunakan pertuturan bahasa Melayu yg tersendiri.

    Sebenarnya,perkara yg Cikgu Ng Tat Lim mahu sampaikan mudah sahaja.Sekiranya formula matematik tambahan yg mudah pun para pelajar tdk ingat,samalh tarafnya dgn kera2 di hutan.Tetapi,bersusah payah dia bercakap dgn loghat Cina yg pelat dan nahu yg lintang-pukang.

    Ina yg memanjang pening mahu memahami jln kira2 yg ditunjukkan ,semakin biul apabila terpaksa mendengar dan kemudian membuat tafsiran sendiri.Adakah patut dia menyebut 'kela' bagi merujuk kpd 'kera'? Manalah kepala tidak berpusing bagaikan gasing ! Satu jam duduk di dlm kelas matematik tambahan,terasa seperti duduk di dalam kelas memahami pelat org Cina!

   Imbasan memori Ina terhenti apabila sikunya dicuit oleh Farah. "Ina,tmpt duduk di bahagian tgh itu kosong, kan? Bawah kipas lagi. Marilah kita pindah ke situ!" Farah menunjuk ke arah meja yg dimaksudkan.

    StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Aku Mahu Popular Bab 1 B

   "Habis nak buat macam mana lagi? Semua tempat duduk penuh.Kita duduk sajalah.Di sini pun dapat makan juga.Sekiranya awak tak ada selera makan di tepi longkang ini,saya cadangkan awak pergilah makan berdiri betul2 di tgh2 kantin itu!"

    Farah menjeling geram apabila mendengar kata-kata kawannya yg satu itu. "Ish...takkan nak makan berdiri pula."Farah berfikir sendirian.

   Akhirnya,oleh kerana tiada pilihan lain,Farah melabuhkan juga punggung dan duduk di sebelah Ina.Tetapi mukanya masih menunjukkan riak masam kelat tanda tidak puas hati.Ina mengabaikan jelingan maut Farah dan terus sahaja menyuap nasi lemak ke dalam mulut.Apa yang penting sekarang ialah misinya mahu mengenyangkan perut yang sejak tadi berbunyi hebat.Gelojoh sungguh Ina jadinya tatkala menikmati nasi lemak yang hanya berlaukkan sambal tumis serta telur rebus.Baginya,sudah cukup menyelerakan!

   Kehebatan Ina mengunyah waktu itu mampu mencecah 5 km/h! Laju tidak terkata demi memenuhi permintaan perutnya yang sudah begitu lapar minta diisi. StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Fantasi Cahaya Rania: Aku Mahu Popular Bab 1 A

Fantasi Cahaya Rania: Aku Mahu Popular Bab 1 A: " Waktu rehat sudah 3 minit berlalu.Farah sama-sama berpeluh menyertai barisan beratur yang panjang bagi membeli sekadar 2 pinggan nasi lem..." StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Aku Mahu Popular Bab 1 A

   Waktu rehat sudah 3 minit berlalu.Farah sama-sama berpeluh menyertai barisan beratur yang panjang bagi membeli sekadar 2 pinggan nasi lemak.Sepinggan untuk santapan dirinya,satu lagi untuk rakan baiknya, Ina. Alangkah baiknya sekiranya ada barisan Touch & Go yg lebih cepat dan pantas!Ini tidak,lambatnya barisan itu mengalahkan barisan siput sedut!

   Sewaktu Farah sedang beratur,Ina pula ditugaskan mencari meja kosong untuk mereka duduk.Namun,meja-meja di kantin Sek. Men. Sri Bangsar semuanya sudah penuh.Memang pelajar-pelajar lain lebih pantas dan tangkas berbanding mereka.Ina akhirnya terpaksa memilih kerusi panjang di tepi kantin yang diletak tanpa meja.Dia melambai-lambai ke arah Farah yang sibuk memanjangkan leher mencarinya.

   "Asyik-asyik makan di sini!Sudahlah tak ada meja,dekat pula dengan longkang besar.Hilang betul selera saya macam ni!"Farah merungut geram.Mulutnya muncung tanda protes. StumbleUpon
Save this and Preview your blog.