Friday, October 29, 2010

Aku Mahu Popular Bab 1 D

   Sudah terang lagi bersuluh,meja itu tdk langsung diduduki oleh sesiapa.Walhal meja lain penuh sesak dgn para pelajar yang berhimpit-himpit spt di dlm tin sardin. Sekali pandang, tentu ada yg beranggapan yg meja itu berhantu sehingga tiada sesiapa pun berani mkn di situ!

    " Awak sudah gila ataupun nyanyuk?" Ina membeliakkan mata ke arah Farah.

   " Mengapa pula?" tanya Farah selamba.

    " Bukannya awak tdk tahu tmpt duduk itu tmpt duduk para VIP. Kita bukannya layak duduk di situ. Sejak azali lagi cuma atlet sekolah,ahli pancaragam dan kumpulan The Wannababes sahaja yg dibenarkan duduk di situ."

   " Itu saya tahulah! Tetapi , apa salahnya kita duduk di situ? Ada meja kosong."

   " Salah besar! Kita ini alien....mereka puteri."

    Farah menjungkitkan kening. " Apa pula ! Kita semua manusia."

   " Betul tetapi tak sama darjat."

   " Ini bukan zaman dulu-dulu." Farah mengeluh.

   " Saya tak nak, nanti dihalau. Malu!"

   " Takkkanlah mereka nak halau kita. Lagi pun sampai 2 meja besar yg ditempahnya. Tengok, meja yg lagi satu itu kosong." Farah meluahkan idea yg padanya dianggap bernas. Lagi pun, dia sudah bosan makan di lokasi tepi longkang sebegini. Terlalu bosan!

   " Marilah....lebih selesa makan di situ. Marilah !" Farah masih lagi mendesak.

   " No...no...no...no! If you want,you do it yourself. I'd rather stay here than humiliate myself in front of these 800 students!" Ina tetap menggeleng laju apabila mendengar cadangan drastik yg keluar dpd mulut Farah.

   " Come on, Ina. Don't be such a coward! Pengecutlah awak ni! Mengapa nak takut dgn budak2 yg perasan glamor tu?"

   " Sorry, saya bukan pengecut!"

   "Habis , tunggu apa lagi? Marilah kita buat muka selamba dan mkn di situ. Mereka bayar yuran sekolah, kita pun bayar. We can sit anywhere we like." Farah masih berusaha memujuk Ina.

   " Walaupun saya bayar yuran sekolah,saya tetap tak nak cari pasal dgn  The Wannababes ."

   " Trust me. They can't do anything to us. Sekiranya mereka cederakan kita, kita beritahu guru disiplin! Tak pun, terus adukan pada TV3. Kes buli mmg jadi isu hebat sekarang ni! Wartawan TV3 tentu akan temu ramah kita. Bayangkan......Farah dan Ina masuk Buletin Utama. Kami adalah mangsa buli yg mahukan keadilan!" Farah berterusan menggesa Ina. Idea2 karutnya itu dikongsi dgn Ina. Bersungguh-sungguh nampaknya Farah!




StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment