Friday, October 29, 2010

Selamat Datang Cinta 'Prolog' A

   Sejak tadi mereka bertiga hanya memandang sahaja tingkah laku Adib. Hnedak menghalang tdk  tahu bagaimana caranya. Hendak memujuk juga dirasakan tdk mampu. Mereka hanya mampu membiarkan kesedihan Adib berhenti sendiri. Puas juga mereka mencari lelaki itu yg menghilangkan diri dari rumah. Akhirnya mereka berjumpa juga setelah 2 hari Adib ghaib. Puan Sarah dan Syed Adnan juga sudah tdk berupaya utk memujuk anak lelaki mereka itu.
   Faiz memandang Iskandar. Begitu juga sebaliknya.
   " Tentu dia sedang bahagia sekarang. Maklumlah aku tak ada depan dia." Suara yg tercetus dari bibir itu membuatkan mereka kelu.
   " Dahlah, Adib, jom kita balik," ajak Faiz. Dia sudah tdk sanggup lagi melihat keadaan Adib.Lelaki itu kelihatan tdk terurus. Wajahnya kelihatan serabut. Kalaulahdia dpt Hanin ketika ini, tentu sahaja perempuan itu akn kena dgnnya. Sanggup memperlakukan sahabatnya begitu. 
   Rizal hanya diam memerhati.
  " Aku tak apa-apalah. Aku okey..." ujar Adib bersama tawanya.Dia ketawa seolah-olah dia sdg bahagia sedangkan hatinya hanya Tuhan yg tahu.
   " Adib...." Iskandar menepuk bahu Adib. Matanya tunak memandang wajah Adib yg tertunduk. Sesekali pandangannya diarahkan kpd Rizal dan Faiz. Mereka bersua hanya menggeleng. Tdk tahu apa yg perlu dilakukan.
   Terkaku Iskandar, Rizal dan Faiz bila kedengaran tangisan dari bibir lelaki itu. Sejak mendengar khabar duka itu, Adib langsung tdk bersuara. Inilah kali pertama mereka melihat lelaki itu menangis.
   " Sampai hati Hanin buat aku macam ni," rintih Adib perlahan. Hatinya terasa hancur berkecai mengenangkan perbuatan itu. Terbayang isi surat yg ditinggalkan Hanin di matanya.

 Maafkan saya. Saya dah lukakan hati awak tapi saya terpaksa.
Selama ini saya rasa saya dah  jumpa cinta sejati bila bersama awak,tapi hati saya silap.
Cinta saya masih pada Khairil. 
Maafkan saya Adib.

   Iskandar duduk menghadap sahabat baiknya itu. Dia tdk sanggup lagi membiarkan Adib hanyut dlm kesedihan. Tdk semena-mena Adib memaut bahunya dan melepaskan tangisan di bahunya.
Bersambung..........

Penulis ~ Aini Atiera  StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment