Tuesday, March 15, 2011

Nabihah~Nadhirah ;)

Posted by Picasa
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Holiday VS Homework

Arrgghhh..............SCREAM OUT LOUD !!! got a lot of homeworks for this holiday.... Fuh ! I got 1 week to finish all of these homeworks... Sounds crazy..Maybe ! hahaha... Most of all the subjects got homeworks  ; Chemistry, English, Pendidikan Agama Islam, Bahasa Melayu, Biology, Sejarah, Physics, Mathematics n Add Maths. Alhamdulillah I have finished doing Add Maths.. It's quite hard.. But it is not a reason for me not to finish it up right!. ;)My teachers are so generous....hahahahha...Generous with homeworks ! ! !Most of my friends were complaining why all of us should be given a lot of homeworks ???  I'm wondering?? WHY??WHY?? Since we had struggled before this with homeworks everyday, we want a good rest before start back facing homeworks n books... This rest is worth for our mind relaxing~~~ I know that in Form 4 is not a honeymoon year because next year we got a big responsibility that is> SPM Examination...Back to the homework... Sometimes homework can make me stress. I know that everyone got this experience before !As conclusion, I must be good in handling all this homeworks..... If not, hhmmm..... big problems are waiting! hahahahaha...... Chaiyook... Chaiyook.. for all  members of 4 Siantan(SC Stream) I know we can do it ! FIGHTING ! ! ! !Ok..got to go.. homeworks are calling me ! (^_^)Adios...Marcocos... Good night ! Assalamualaikum.. StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Surah Qiyamah Chapter 75 with English Translation

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Sunday, March 13, 2011

Wednesday, March 2, 2011

E-NOVEL KASIH KE SYURGA

KASIH KE SYURGA
BAB 1
Titis-titis hujan mula membasahi bumi.Sesungguhnya hujan adalah rahmat Allah SWT.Kita sebagai hamba-Nya harus sentiasa mensyukuri rahmat daripada-Nya.Tanpa kita sedari tumbuh-tumbuhan berasa amat gembira pabila hujan turun.Safiyyah duduk di beranda rumahnya sambil menikmati suasana kampung pabila hujan yang sememangnya nyaman dan dapat memberi ketenangan jiwa.

" Fiya ! mai masuk dalam. Hujan tu.Sat lagi demam pulak sayang umi ni." dengan loghat Kedah Puan Sumaiyyah mengajak anak perempuannya, Safiyyah masuk ke dalam rumah kerana hujan sudah turun dengan lebat dan bimbang akan kesihatan anaknya.Sememangnya Puan Sumaiyyah berasal daripada negeri Kedah tetapi menetap di Perak mengikut suaminya yang bekerja di Perak.

Safiyyah akur lalu mengikut uminya masuk ke dalam rumah.Sementara itu,Puan Sumaiyyah cuba bertanya kepada Safiyyah.

" Hai, anak umi ni termenung apa dari tadi sampai umi panggil berkali-kali tak menyahut pun. Teringatkan sapa ni?" Puan Sumaiyyah sengaja mengusik Safiyyah.

Safiyyah menunjukkan riak muka terkejut." Ish, umi ni.Ada ka pi kata Fiya teringat kat seseorang.Buang karan ja Fiya nak teringat kat seseorang.Safiyyah cuba menafikan tekaan uminya sebentar tadi. "Fiya hanya fikirkan pasal masa depan Fiya nanti. Bila Fiya dah berjaya nanti, Fiya akan balas semua jasa umi dan abi. Itu janji Fiya. Umi dan abi dah banyak berkorban untuk Fiya dan adik-adik. Terima kasih umi. Fiya sayang umi dan abi".ujar Safiyyah dengan bersungguh-sungguh.

Puan Sumaiyyah hampir-hampir menitiskan air mata. Dia berasa terharu dengan kata-kata anak sulungnya itu sebentar tadi. Ini menunjukkan anaknya semakin matang.

" Umi akan tunggu saat itu sayang. Semua yang telah umi dan abi lakukan untuk Fiya dan adik-adik adalah sebagai tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Umi bangga mempunyai anak seperti Fiya. Alhamdulillah." ujar Puan Sumaiyyah sambil memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah. Di meja makan kelihatan Encik Hussein sedang duduk  sambil membaca surat khabar. Safiyyah akur bahawa ayahnya seorang yang suka membaca. Kata ayahnya membaca itu ibarat…..#(tgh pikirkan ideanya)maaf ya !

Safiyyah dan Puan Sumaiyyah mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan. Puan Sumaiyyah menuangkan air teh ke dalam cawan lalu hulurkannya kepada suaminya.

“ Hah ! Yah ! Budak dua orang tu mana? Saya tak nampak pun batang hidung diaorang tu.” tanya  Encik Hussein kepada isterinya tentang anak kembar lelakinya,Khairul dan Khairil sambil melipat surat khabar yang dibacanya sebentar tadi lalu menyisip air te panas buatan isteri kesayangannya itu.

Tiba-tiba Safiyyah menyampuk, “ Ke mana lagi abi budak dua ekor tu kalau tak ke padang sana tu main bola dengan kawan-kawan diaorang. Pukul tujuh nanti baru ingat nak balik.”

Puan Sumaiyyah hanya tersenyum mendengar penjelasan Safiyyah sebentar tadi dan Encik Hussein hanya mengangguk faham.

“ Hhmmm…..sedapnya karipap yang umi buat ni.” puji Safiyyah tentang keenakan kuih karipap hasil air tangan uminya itu. “ Nanti umi ajar Fiya macam mana nak buat karipap ea. Fiya teringin nak belajar la umi.” pinta Safiyyah kepada uminya dengan penuh kesungguhan.

Sesungguhnya kuih karipap buatan Puan Sumaiyyah memang sedap dan popular di kalangan orang-orang kampung. Dia sering mendapat tempahan daripada jiran-jirannya jika ada sesuatu majlis.

Puan Sumaiyyah berasa bangga dengan pujian Safiyyah tadi. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.

Encik Hussein berkata sambil tersenyum, “ Fiya, abi rasa ada orang tu buat iklan ubat gigi Darlie la. Tu la, lain kali Fiya jangan puji orang tu lebih-lebih. Kan dia dah kembang 6 inci. Hahahahaha….. “

Safiyyah terus ketawa setelah mendengar lawak ayahnya tadi sehingga air matanya keluar. “ Abi, Fiya setuju sangat-sangat dengan kata-kata abi tu. Ish..ish..ish… umi ni… “ kata Safiyyah  meluahkan persetujuannya.

Puan Sumaiyyah sudah merajuk dan  muncung sedepa kerana terasa dengan pakatan dua beranak itu yang mahu mengenakannya.

“ Amboi…amboi…amboi…dua beranak ni. Bukan main lagi kenakan umi. Sedapnya cakap umi buat iklan ubat gigi Darlie. Pandai kenakan umi ya ! Tak pe..takpe…. “ luah Puan Sumaiyyah dengan nada merajuknya.

Safiyyah berasa bersalah lalu menyusun kata untuk memujuk uminya. “ Ala umi, Fiya dengan abi bergurau je tadi. Fiya dan abi minta maaf ok Umi jangan la merajuk macam ni. Tak cantik la kalau macam tu. Sekali sekala apa salahnya nak bergurau. Kan abi kan ? “ pujuk Safiyyah dengan bersungguh-sungguh sambil memohon maaf kepada uminya penuh mengharap.

“ Hah ! Betul tu Fiya. La…Yah. Abang dengan Fiya bergurau saja tadi. Jangan la merajuk. Tak elok. “ kata Encik Hussein kepada isterinya itu yang rajuknya semakin hilang setelah dipujuk oleh anak dan suaminya yang tersayang.

Safiyyah  mengangguk-ngangguk tanda setuju dengan kata-kata ayahnya sebentar tadi manakala Puan Sumaiyyah sudah tersenyum dan itu tandanya rajuknya sudah habis.

“ Hah ! macam tu la. Senyum. Kan manis kalau senyum macam tu. Sayang umi.” puji Safiyyah lalu terus mencium pipi uminya tanda kasih sayangnya yang tidak terhingga terhadap uminya itu.

Encik Hussein menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan kerenah dua beranak itu.

BAB 2
Kelihatan Safiyyah sedang berjalan dari kedai koperasi  menuju ke kantin .Suasana di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Gemilang riuh rendah dengan suara para pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang sedang rehat. Terdapat para pelajar yang sedang beratur menunggu giliran untuk membeli makanan dan minuman. Ish ! Mana pula makcik dua orang ni. Puas aku cari ke hulu ke hilir, desis hatinya geram sambil melilau mencari dua orang kawannya,Hazirah dan Qaisara . Hah ! Tu pun diaorang. Hmmm.....dekat sini rupanya.

Safiyyah berjalan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang menikmati makanan di meja makan.

“ Hah ! Dekat sini rupanya korang. Puas aku cari, alih-alih tengah sedap melantak sampai tidak ingat dunia.” Safiyyah menegur kawan-kawannya itu.

Hazirah dan Qaisara serta merta terkejut dengan sergahan Safiyyah sebentar tadi lalu terus memandang Safiyyah dengan muka cemberut. Qaisara berkata dalam hati dengan nada geramnya, minah sorang ni la. Nasib baik aku tidak tercekik tadi. Kalau tidak, dah lama jalan. Orang tengah feeling ni, dia kacau daun pulak.

Hazirah berkata, “ Cik adik sayang, dah tak reti nak bagi salam dulu ke? Haiiyaa….itu pun kena ajar ka. Kus semangat tau tak. Huh !”

Safiyyah tersengih seperti kerang busuk sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.
“ Assalamualaikum. Ok, aku minta maaf yer sebab terkejutkan korang tadi.”

Qaisara dan Hazirah tersenyum sambil menganggukkan kepala dan lalu berkata serentak, “ Hah ! Macam tu la. Kan bagus.”

Sebelah tempat Qaisara terdapat sedikit ruang. Lalu Safiyyah terus duduk di sebelah Qaisara dan Qaisara terpaksa mengesot ke dalam sedikit untuk memberi ruang kepada Safiyyah. Hazirah sudah meneruskan kembali makannya diikuti Qaisara dan Safiyyah.

Hazirah sedang makan nasi goreng dan Qaisara pula sandwich yang telah dibawa dari rumah. Manakala Safiyyah hanya makan roti yang telah dibeli olehnya tadi di kedai koperasi.

Tiba-tiba Qaisara bertanya kepada Safiyyah, “ Fiya, ang pergi mana tadi ? Lepas bunyi je loceng waktu rehat, ang terus lesap. Sampai tak menyempat.”

Hazirah yang mendengar pertanyaan Qaisara tadi, mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Qaisara sebentar tadi.

Mendengar pertanyaan Qaisara, Safiyyah berhenti dari makan buat seketika. Banyak tanya betul la dia ni. Orang lambat salah, orang cepat pun salah. Aish ! Macam-macam la.

Lalu Safiyyah menjawab pertanyaan sahabatnya tadi, “ Aku pergi kedai koperasi tadi. Beli roti ni la. Aku keluar cepat sebab aku malas la nak beratur panjang. Mau tercabut kepala lutut aku ni ha tunggu punya lama time beratur.”

Qaisara tersenyum sinis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya selepas mendengar jawapan Safiyyah tadi. Huh ! Ye la tu. Macam-macam la alasan ang tu. Pemalas betul dia ni, kata Qaisara dalam hati.

Kring.....Kring....Kring......

Loceng sudah berbunyi dan itu tandanya rehat sudah tamat. Safiyyah, Hazirah dan Qaisara jalan beriringan menuju ke kelas mereka sama seperti pelajar-pelajar lain yang segera meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing.

Kelas 4 Aurora  senyap sahaja yang hanya kedengaran ialah bunyi kipas berpusing. Semuanya sedang memberi tumpuan kepada penerangan Cikgu Qalisya bagi matapelajaran Additional Mathematics atau dalam bahasa Melayunya, Matematik Tambahan.

Sememangnya matapelajaran Additional Mathematics agak sukar dan para pelajar dikehendaki memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Sekali miss kelas Additional Mathematics, terasa seperti diri kita telah ketinggalan jauh berbatu-batu.

"Ok class, all of you understand for the composite funtions?" . Suara Cikgu Qalisya memecah keheningan.

" Yes........." , kelas 4 Aurora bergema dengan sahutan para pelajar.

" For today homework , I want all of you to do Exercise 1.3  in Book 2. "

" Cikgu , buat semua dari no. 1 hingga no. 6 ke ? ". Amir bertanya kepada Cikgu Qalisya tentang kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Cikgu Qalisya mengangguk-angguk sambil berkata , " Yes. Do you have any problem with that, Amir?".

Selepas mendengar jawapan Cikgu Qalisya sebentar tadi , semua para pelajar mengeluh. Riuh rendah jadinya kelas itu dengan suara para pelajar. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan kala guru memberi kerja rumah yang banyak, pasti akan kedengaran keluhan pelajar-pelajar.Cikgu Qalisya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan reaksi para pelajarnya tadi.

Tidak terlintas langsung di fikirannya untuk membebankan pelajar-pelajar dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun. Tetapi ini semua untuk memnatapkan lagi kepakaran mereka dalam bidang Matematik dengan membuat banyak latihan.

Sementara itu,Qaisara membisikkan sesuatu kepada Safiyyah, " Fiya, cikgu ni memang pemurah sangat-sangat sebab bagi kita ni kerja yang melambak."Perkataan pemurah  ditekannya.

"Banyak la hang pemurah. Kerja yang dia bagi tu punya la banyak. Aku tahu la hang perli cikgu tu.Sudah-sudah la tu. Pergi buat kerja hang. Cakap banyak pula. Nanti tak siap pulak." Safiyyah sudah memulakan kerja yang baru diberi oleh Cikgu Qalisya tadi.

"Huh! Ye la. Aku nak buat la ni. Cuba sabar sikit. Hang ni memang suka membebel macam mak aku kat rumah tu. 24 jam asyik pot pet pot pet je. Naik pening kepala aku ni."Qaisara sudah menunjukkan muncungnya itu.

Safiyyah ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu. Minah sorang ni la. Macam-macam. Cakap sikit dah tarik muka 14. Ingat dia tu kanak-kanak Sunquick ke! Kalau boleh bancuh buat air takpe la jugak, hilang dahaga aku ni. Aish ! Macam-macam. Poning kopalo eden ni ha !

BAB 3

Hah ! Dekat sini rupanya umi. Patut la jelajah satu rumah tak jumpa. Rupa-rupanya ada dekat taman mini. Safiyyah keluar dan berjalan menuju ke arah Puan Sumaiyyah dengan perlahan kerana tidak mahu uminya sedar.

" Owh.....Dekat sini rupanya umi. Puas Fiya cari satu rumah tau. Alih-alih umi dekat sini tengah layan perasaan sorang-sorang yer." Sapaan Safiyyah menyedarkan Puan Sumaiyyah daripada lamunannya.

" La...Fiya ke....terkejut umi. Umi saja duduk kat luar ni hah ! Rasa nyaman dan tenang je petang-petang ni. Angin sepoi-sepoi bahasa."

Setuju dengan kata-kata uminya, lantas Safiyyah mengangguk-nganggukkan kepalanya.

" Hhmmm.....Betul tu umi. Tambah pulak dengan bunyi air terjun buatan abi tu. Wah ! memang boleh menenangkan fikiran yang tengah kusut.

Puan Sumaiyyah tersenyum gembira. Senyumannya sangat manis sekali dan ia telah diwarisi oleh Safiyyah sendiri. Senyuman itukan sedekah dan ia juga boleh jadikan kita awet muda jika selalu memberikan senyuman.Memberi senyuman  itu tidak memerlukan bayaran. Oleh itu, janganlah kita lokek dengan senyuman.Jadilah seorang insan yang pemurah dengan senyuman yang ikhlas.

"Umi.....Hujung minggu ni Fiya nak pergi Jusco dekat Ipoh tu dengan kawan-kawan Fiya boleh tak umi? Fiya nak beli buku rujukan dan buku latihan. Umi bagi keizinan tak?" Safiyyah meminta dengan nada memujuk dengan harapan uminya akan lembut hati untuk memberi keizinan.

Puan Sumaiyyah diam dan berfikir sejenak tentang permintaan Safiyyah tadi. Dia tidak berani terus memberikan keizinan kepada Safiyyah kerana dia harus bertanya kepada suaminya dahulu, Encik Hussein.Takut-takut suaminya melarang. Bukan mudah unuk melepaskan anak terutama anak perempuan ke tempat awam pada zaman sekarang. Telah banyak kes menculik dan merogol yang melibatkan kaum perempuan.
Ini amat membimbangkan dia dan suaminya. Mereka perlu lebih berhati-hati.

" Fiya akan pergi dengan siapa lagi?" tanya Puan Sumaiyyah untuk memastikan dengan siapa anaknya keluar.

" Hhhmm.....dengan Qaisara, Hazirah, Mira, Maya, Ain dan Mun." nyata Safiyyah nama-nama kawannya yang akan 'join sekaki'.

" Aish ! boleh tahan ramai kawan-kawan Fiya yang nak pergi sekali. Fiya pergi nanti naik apa? Bas ke ?

" A'ah umi....Kitaorang semua cadang nak naik bas je. Murah sikit. Cut cost la katakan. Hahaha... " seloroh Safiyyah sambil ketawa.

" Ye la tu ! Nanti, bila abi balik , umi tanya dia ok ? Insya-Allah abi bagi. Janji Fiya kena pandai jaga diri. Itu yang paling penting." nasihat Puan Sumaiyyah kepada anak daranya supaya pandai menjaga keselamatan diri.

" Madame la bonne(alright madam) ! " setuju Safiyyah dengan arahan uminya itu  dalam bahasa Perancis.

Puan Sumaiyyah tersenyum gembira dengan kepetahan Safiyyah berbahasa Perancis. Safiyyah bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya suatu hari nanti di Perancis. Oleh sebab itu, dia mula belajar sedikit demi sedikit tentang bahasa itu.Encik Hussein dan Puan Sumaiyyah telah menghantar Safiyyah ke kelas tuisyen bahsa Perancis di Pekan Ipoh. Memang diakui belajar bahasa Perancis agak sukar, tetapi ia tidak mematahkan semangat Safiyyah untuk terus belajar berbahasa Perancis sehingga fasih.

" That's my girl. " luah Puan Sumaiyyah.

Hari minggu begini sememangnya ramai pengunjung yang berkunjung ke Jusco Kinta City. Ada yang datang bersama keluarga, bersama pasangan masing-masing dan ada juga yang datang bersama rakan-rakan. Begitu juga Safiyyah yang datang ke Jusco Kinta City bersama rakan-rakannya setelah mendapat keizinan daripada abi dan uminya. Tujuan utamanya adalah untuk membeli beberapa buah buku rujukan dan latihan.

" Ain, hang nampak tak buku rujukan Kimia(Chemistry) ? Aku cari dari tadi tak jumpa-jumpa la. Mana la pulak pekerja tu letak. " Safiyyah bertanya kepada Ain sambil tercari-cari buku rujukan Kimia(Chemistry) ke sana ke mari di dalam kedai buku Popular.

" La.....dari tadi cari takkan tak jumpa lagi? Ish...ish...ish....dia ni la... Tadi aku ada nampak dekat hujung sana tu ha ! " Ain meluruskan jari telunjuknya ke satu arah bagi menunjukkan di mana letaknya buku yang dicari oleh Safiyyah.

" Oit cik kak ! Tak habis-habis lagi ke membelinya ? Aiseyman.....Naik kematu kaki kitaorang ni menunggu hang. Apa lagi yang hang belum beli lagi ni ? Copek sikit boleh tak ? " Maya sudah tidak larat lagi menunggu Safiyyah. Sabo je le.....

Munira menyampuk, " A'ah la Fiya. Dah penat kitaorang tunggu hang. Cepat la..."

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

code

Haddad Alwi-Satu Bintang

<embed src="http://ghucy.info/fullmusik/4/Haddad_Alwi_-_Satu_Bintang.swf" autostart=true loop=true width=0 height=0 align="lift"></embed>
Gratisan Musik

1st edition ft Aizat-Perpisahan Ini

<embed src="http://www.4shared.com/embed/506845488/12a4ae1c/preview.swf" AUTOSTART=TRUE LOOP=TRUE WIDTH=0 HEIGHT=0 ALIGN="CENTER"></embed>
Gratisan Musik

Cinta Matiku- Sixth Sense

<embed src="http://ghucy.info/fullmusik/1/Cinta_Matiku.swf" autostart=true loop=true width=0 height=0 align="center"></embed>
Gratisan Musik StumbleUpon
Save this and Preview your blog.