Monday, December 27, 2010

BAB 1 (unknown title) (^_^)

BAB 1
   Titis-tits hujan mula membasahi bumi.Sesungguhnya hujan adalah rahmat Allah SWT.Kita sebagai hamba-Nya harus sentiasa mensyukuri rahmat daripada-Nya.Tanpa kita sedari tumbuh-tumbuhan berasa amat gembira pabila hujan turun.Safiyyah duduk di beranda rumahnya sambil menikmati suasana kampung pabila hujan yang sememangnya nyaman dan dapat memberi ketenangan jiwa.
   
  " Fiya ! mai masuk dalam. Hujan tu.Sat lagi demam pulak sayang umi ni." dengan loghat Kedah Puan Sumaiyyah mengajak anak perempuannya, Safiyyah masuk ke dalam rumah kerana hujan sudah turun dengan lebat dan bimbang akan kesihatan anaknya.Sememangnya Puan Sumaiyyah berasal daripada negeri Kedah tetapi menetap di Perak mengikut suaminya yang bekerja di Perak.
   
  Safiyyah akur lalu mengikut uminya masuk ke dalam rumah.Sementara itu,Puan Sumaiyyah cuba bertanya kepada Safiyyah.
   
  " Hai, anak umi ni termenung apa dari tadi sampai umi panggil berkali-kali tak menyahut pun. Teringatkan sapa ni?" Puan Sumaiyyah sengaja mengusik Safiyyah.
   
  Safiyyah menunjukkan riak muka terkejut." Ish, umi ni.Ada ka pi kata Fiya teringat kat seseorang.Buang karan ja Fiya nak teringat kat seseorang.Safiyyah cuba menafikan tekaan uminya sebentar tadi. "Fiya hanya fikirkan pasal masa depan Fiya nanti. Bila Fiya dah berjaya nanti, Fiya akan balas semua jasa umi dan abi. Itu janji Fiya. Umi dan abi dah banyak berkorban untuk Fiya dan adik-adik. Terima kasih umi. Fiya sayang umi dan abi".ujar Safiyyah dengan bersungguh-sungguh.
   
  Puan Sumaiyyah hampir-hampir menitiskan air mata. Dia berasa terharu dengan kata-kata anak sulungnya itu sebentar tadi. Ini menunjukkan anaknya semakin matang.
  
  " Umi akan tunggu saat itu sayang. Semua yang telah umi dan abi lakukan untuk Fiya dan adik-adik adalah sebagai tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Umi bangga mempunyai anak seperti Fiya. Alhamdulillah." ujar Puan Sumaiyyah sambil memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
  
   Lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah. Di meja makan kelihatan Encik Hussein sedang duduk  sambil membaca surat khabar. Safiyyah akur bahawa ayahnya seorang yang suka membaca. Kata ayahnya membaca itu ibarat…..#(tgh pikirkan ideanya)maaf ya !
   
   Safiyyah dan Puan Sumaiyyah mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan. Puan Sumaiyyah menuangkan air teh ke dalam cawan lalu hulurkannya kepada suaminya. 
    
   “ Hah ! Yah ! Budak dua orang tu mana? Saya tak nampak pun batang hidung diaorang tu.” tanya  Encik Hussein kepada isterinya tentang anak kembar lelakinya,Khairul dan Khairil sambil melipat surat khabar yang dibacanya sebentar tadi lalu menyisip air te panas buatan isteri kesayangannya itu.
   
   Tiba-tiba Safiyyah menyampuk, “ Ke mana lagi abi budak dua ekor tu kalau tak ke padang sana tu main bola dengan kawan-kawan diaorang. Pukul tujuh nanti baru ingat nak balik.”
   
   Puan Sumaiyyah hanya tersenyum mendengar penjelasan Safiyyah sebentar tadi dan Encik Hussein hanya mengangguk faham.
   
   “ Hhmmm…..sedapnya karipap yang umi buat ni.” puji Safiyyah tentang keenakan kuih karipap hasil air tangan uminya itu. “ Nanti umi ajar Fiya macam mana nak buat karipap ea. Fiya teringin nak belajar la umi.” pinta Safiyyah kepada uminya dengan penuh kesungguhan.
   
   Sesungguhnya kuih karipap buatan Puan Sumaiyyah memang sedap dan popular di kalangan orang-orang kampung. Dia sering mendapat tempahan daripada jiran-jirannya jika ada sesuatu majlis.
   
   Puan Sumaiyyah berasa bangga dengan pujian Safiyyah tadi. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.
   
   Encik Hussein berkata sambil tersenyum, “ Fiya, abi rasa ada orang tu buat iklan ubat gigi Darlie la. Tu la, lain kali Fiya jangan puji orang tu lebih-lebih. Kan dia dah kembang 6 inci. Hahahahaha….. “
  
   Safiyyah terus ketawa setelah mendengar lawak ayahnya tadi sehingga air matanya keluar. “ Abi, Fiya setuju sangat-sangat dengan kata-kata abi tu. Ish..ish..ish… umi ni… “ kata Safiyyah  meluahkan persetujuannya.
   
   Puan Sumaiyyah sudah merajuk dan  muncung sedepa kerana terasa dengan pakatan dua beranak itu yang mahu mengenakannya.
   
   “ Amboi…amboi…amboi…dua beranak ni. Bukan main lagi kenakan umi. Sedapnya cakap umi buat iklan ubat gigi Darlie. Pandai kenakan umi ya ! Tak pe..takpe…. “ luah Puan Sumaiyyah dengan nada merajuknya.
   
   Safiyyah berasa bersalah lalu menyusun kata untuk memujuk uminya. “ Ala umi, Fiya dengan abi bergurau je tadi. Fiya dan abi minta maaf ok Umi jangan la merajuk macam ni. Tak cantik la kalau macam tu. Sekali sekala apa salahnya nak bergurau. Kan abi kan ? “ pujuk Safiyyah dengan bersungguh-sungguh sambil memohon maaf kepada uminya penuh mengharap.
  
    “ Hah ! Betul tu Fiya. La…Yah. Abang dengan Fiya bergurau saja tadi. Jangan la merajuk. Tak elok. “ kata Encik Hussein kepada isterinya itu yang rajuknya semakin hilang setelah dipujuk oleh anak dan suaminya yang tersayang.
   
   Safiyyah  mengangguk-ngangguk tanda setuju dengan kata-kata ayahnya sebentar tadi manakala Puan Sumaiyyah sudah tersenyum dan itu tandanya rajuknya sudah habis.
   
   “ Hah ! macam tu la. Senyum. Kan manis kalau senyum macam tu. Sayang umi.” puji Safiyyah lalu terus mencium pipi uminya tanda kasih sayangnya yang tidak terhingga terhadap uminya itu.
   
   Encik Hussein menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan kerenah dua beranak itu.

note~ Ain ! hhhmm....aq baru siapkan smp sini..nty aq update lg yee... hehehe
         Insya-Allah aq akn update ASAP ! kalo sudi komen la....
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.
                                ~ JANG GEUN SUK ~
                                                          ^ Korean Actor ^

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Tuesday, December 21, 2010

KOREAN DRAMA............

~My Girl
~Sassy Girl
~Witch Yoo Hee
~Boys Over Flowers
~Playful Kiss
~He's Beautiful
~Oh My Lady
~Hello My Lady StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

Monday, December 6, 2010


Get your own Digital Clock

StumbleUpon
Save this and Preview your blog.
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.