Farah menjeling geram apabila mendengar kata-kata kawannya yg satu itu. "Ish...takkan nak makan berdiri pula."Farah berfikir sendirian.
Akhirnya,oleh kerana tiada pilihan lain,Farah melabuhkan juga punggung dan duduk di sebelah Ina.Tetapi mukanya masih menunjukkan riak masam kelat tanda tidak puas hati.Ina mengabaikan jelingan maut Farah dan terus sahaja menyuap nasi lemak ke dalam mulut.Apa yang penting sekarang ialah misinya mahu mengenyangkan perut yang sejak tadi berbunyi hebat.Gelojoh sungguh Ina jadinya tatkala menikmati nasi lemak yang hanya berlaukkan sambal tumis serta telur rebus.Baginya,sudah cukup menyelerakan!
Kehebatan Ina mengunyah waktu itu mampu mencecah 5 km/h! Laju tidak terkata demi memenuhi permintaan perutnya yang sudah begitu lapar minta diisi.

0 comments:
Post a Comment