Saturday, October 30, 2010

Selamat Datang Cinta 'Prolog' B

   Syed Adib Abrar  termenung di biliknya. Setelah lama dia kehilangan Hanin,membuatkan hidupnya berbeza dr dahulu. Dia kini lbh berhati-hati dlm membuat keputusan yg berkaitan dgn hati dan perasaannya. Dia tdk mahu sejarah lama berulang kembali. Cukuplah sekali  dia melalui semua yg pernah dirasai ketika Hanin  meninggalkan dirinya dahulu. Sakitnya masih dirasai sehingga kini.Menyibukkan diri dgn kerja merupakan jln terbaik buat masa sekarang. Dia langsung tdk mengendahkan nasihat rakan-rakannya. Dia tahu rakan-rakannya sangat mengambil berat terhadap kehidupannya. Tetapi,dia sengaja buat endah tdk endah.
   Selalu juga umi dan adiknya memadankan dirinya dgn mana-mana gadis yg dirasakan sesuai dengannya. Tetapi, berbagai-bagai alasan sudah dikemukakan untuk mengelak daripada semua itu. Bukan itu sahaja, Iskandar, Faiz dan Rizal juda tdk ketinggalan mencarikan jodoh untuknya. Sedangkan masing2 belum berumah tangga kecuali Faiz yg sudah menamatkan zaman bujangnya dgn Suzana tdk lama selepas majlisnya dgn Hanin hancur di tgh jalan.
   Masih ingat bagaimana dia cuba menasihati Faiz supaya dia tdk meneruskan majlis perkahwinannya dgn Suzana. Dia sendiri tdk tahu kenapa dia melakukan semua itu. Namun Faiz dgn tenang membalas kata-katanya.
   " Aku tahu kau takut apa yg berlaku dulu berulang. Insya-Allah aku yakin perkara tu tak kan terjadi. Kau jangan risau."
   Itulah kata2 Faiz yg membuatkan dia terdiam. Begitu berhati-hati Faiz menjawab supaya tdk menyentuh hatinya. Tapi sekarang dia yakin dgn kata2 Faiz. Ternyata Suzana mmg berbeza dgn Hanin.
   Rumah tangga sahabat baiknya itu kini semakin bahagiadgn kehadiran cahaya mata mereka yg comel. Bukan itu sahaja, malahan dia kini boleh dikatakan semakin rapat dgn Suzana. Dia tdk lagi menaruh curiga kpd semua wanita hanya kerana tindakan seorang wanita.
   Namun, untuk dia mencari pengganti,dia masih belum bersedia. Tidak dihiraukan Iskandar yg sudah bertunang. Rizal sahaja yg sudah kurang mendesak seperti dulu. Mungkin juga sebab dia masih belum berpunya.Bersambung.......

   Penulis ~ Aini Atiera StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment