Friday, October 29, 2010

Aku Mahu Popular Bab 1 C

   Pagi tadi Ina tidak sempat bersarapan pagi sebelum ke sekolah.Kelas matematik tambahan pula dua masa dari pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi,nyata sudah menyedut saki-baki nutrien dan tenaganya apabila semuanya dialirkan ke arah otak.Tenaganya sudah digunakan semaksimum mungkin bagi menyelesaikan perkiraan formula  kuadratik  yg begitu rumit.
 
   Bertambah kronik apabila Cikgu Ng Tat Lim,guru matematik tambahan itu mengajar menggunakan pertuturan bahasa Melayu yg tersendiri.

    Sebenarnya,perkara yg Cikgu Ng Tat Lim mahu sampaikan mudah sahaja.Sekiranya formula matematik tambahan yg mudah pun para pelajar tdk ingat,samalh tarafnya dgn kera2 di hutan.Tetapi,bersusah payah dia bercakap dgn loghat Cina yg pelat dan nahu yg lintang-pukang.

    Ina yg memanjang pening mahu memahami jln kira2 yg ditunjukkan ,semakin biul apabila terpaksa mendengar dan kemudian membuat tafsiran sendiri.Adakah patut dia menyebut 'kela' bagi merujuk kpd 'kera'? Manalah kepala tidak berpusing bagaikan gasing ! Satu jam duduk di dlm kelas matematik tambahan,terasa seperti duduk di dalam kelas memahami pelat org Cina!

   Imbasan memori Ina terhenti apabila sikunya dicuit oleh Farah. "Ina,tmpt duduk di bahagian tgh itu kosong, kan? Bawah kipas lagi. Marilah kita pindah ke situ!" Farah menunjuk ke arah meja yg dimaksudkan.

    StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment