Saturday, October 30, 2010

Aku Mahu Popular Bab 1 E

   " Pandailah awak! Awak lupakah yg guru disiplin pun takut dgn The Wannababes? Fasha anak Tan Sri Hashim. Ayah dia berpangkat dan berpengaruh. Apa sahaja yg Fasha buat, tdk pernah ditegur. Sekiranya Cikgu Amnah berani cuit Fasha, saya berani kerat jari dia tentu ditukar mengajar ke sekolah di Hulu Tembeling.Fasha itu tdk ubah seperti golongan aristokrat yg ada kuasa kebal! TV3 pun takut!" jelas Ina dgn panjang lebar.
   " Tetapi sepatutnya tak ada layanan double standard begitu! "
   " Mereka anak orang kaya. Ada duit semua boleh."
   " Tak kisahlah anak raja, anak Tan Sri, anak Dato', anak Superman, mahupun anak Spiderman! Bukankah semua berstatus pelajar? Tdk adil macam ni!" Gaya Farah berhujah bagaikan menyertai pertandingan debat pusingan Piala Perdana Menteri.
   Ina hanya setia mendengar. Tdk menokok atau menambah . Mahu mengiakan kata2 Farah jauh sekali. Dia lebih berminat dgn keenakan nasi lemaknya.
   Farah yg bersemangat terus menyambung hujahnya. " Awak pernah terfikir, mengapa agaknya kita tdk ada keistimewaan spt Fasha? Saya teringin nak ada meja makan di kantin yg khas utk kita berdua. Saya nak semua orang kenal siapa Farah dan Ina. Tetapi, saya terasa yg kita tergolong dlm pelajar kelas ketiga. Spt golongan hamba saja. " Farah tiba2 termenung sendiri.
   Kali ini kata2 Farah berjaya menghentikan suapan nasi lemak ke mulut Ina. Walaupun dia tdk membalas kata2 Farah, namun jauh di sudut hatinya,dia juga bersetuju.
   Mereka bagaikan menjadi hamba di sekolah sendiri ! Sedihnya ! Kenyataan itu amat sukar didengar,tetapi hakikatnya, itulah situasi sebenar yg ditanggung oleh mereka selama ini. Tiba2 sahaja Ina tiada selera memandang nasi lemak di pinggan yg masih lagi suku berbaki.
   Memang itulah senario turun-temurun yg berlaku di Sekolah Menengah Sri Bangsar. Begitu jelas jurang perbezaan sosial yg wujud antara pelajar.
   Tanpa sedar dan tanpa syarat hitam putih yg termaktub di dlm mana2 dokumen perjanjian,para pelajar di sekolah itu secara automatik dilabel dan diklasifikasikan mengikut piawaian. Terdapat 3 kelas dan setiap pelajar ditentukan kelas masing2 berdasarkan populariti masing2 ! Tahap kecemerlangan dlm pelajaran ternyata tdk bermakna. Paling penting, glamor dan popular !

  Penulis ~ Ain Maisarah

    StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment