Friday, October 29, 2010

Aku Mahu Popular Bab 1 A

   Waktu rehat sudah 3 minit berlalu.Farah sama-sama berpeluh menyertai barisan beratur yang panjang bagi membeli sekadar 2 pinggan nasi lemak.Sepinggan untuk santapan dirinya,satu lagi untuk rakan baiknya, Ina. Alangkah baiknya sekiranya ada barisan Touch & Go yg lebih cepat dan pantas!Ini tidak,lambatnya barisan itu mengalahkan barisan siput sedut!

   Sewaktu Farah sedang beratur,Ina pula ditugaskan mencari meja kosong untuk mereka duduk.Namun,meja-meja di kantin Sek. Men. Sri Bangsar semuanya sudah penuh.Memang pelajar-pelajar lain lebih pantas dan tangkas berbanding mereka.Ina akhirnya terpaksa memilih kerusi panjang di tepi kantin yang diletak tanpa meja.Dia melambai-lambai ke arah Farah yang sibuk memanjangkan leher mencarinya.

   "Asyik-asyik makan di sini!Sudahlah tak ada meja,dekat pula dengan longkang besar.Hilang betul selera saya macam ni!"Farah merungut geram.Mulutnya muncung tanda protes. StumbleUpon
Reactions:
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment