Sewaktu Farah sedang beratur,Ina pula ditugaskan mencari meja kosong untuk mereka duduk.Namun,meja-meja di kantin Sek. Men. Sri Bangsar semuanya sudah penuh.Memang pelajar-pelajar lain lebih pantas dan tangkas berbanding mereka.Ina akhirnya terpaksa memilih kerusi panjang di tepi kantin yang diletak tanpa meja.Dia melambai-lambai ke arah Farah yang sibuk memanjangkan leher mencarinya.
"Asyik-asyik makan di sini!Sudahlah tak ada meja,dekat pula dengan longkang besar.Hilang betul selera saya macam ni!"Farah merungut geram.Mulutnya muncung tanda protes.

0 comments:
Post a Comment