Friday, April 29, 2011

Diari Lidya Irdina(Siri 3)

Diari Lidya Irdina

EPISOD~OUTING BERSAMA ALEESYA PADA HARI MINGGU

Wah! Memang ramai orang hari ni. Biasa la kan, hari minggu. Semua pakat keluar mai Jusco. Ada yang datang bersama keluarga dan kawan-kawan. Hah ! Termasuk aku sekali la tu. Hehehe... Hari ni aku date dengan Aleesya di Jusco Kinta City Ipoh. Kami bercadang nak tengok wayang cerita Cun! dan window shopping sahaja. Sudah lama kami tidak dating bersama. Almaklumla....masing-masing sibuk dengan hal sekolah. Sibuk ke??? Hahahaha.... Apa-apa aje la...

Jom kita start the story... Jeng...Jeng...Jeng....

"Lya, jom teman aku pergi tandas jap. Nature call la...hehehe" , ajak Aleesya.

Aku terus berhenti dari berjalan dan menoleh ke arah Aleesya sambil menunjukkan riak muka yang terkejut.

"Ala...kau ni tak puas-puas lagi ke berdating dengan Mr. Tan tu?Tadi kan baru je dating.Ni nak pergi lagi. Aish! Macam-macam." , kataku kepada Aleesya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mr. Tan tu aku maksudkan tandas. Hehehe...suka-suka je create nama baru.

"Hello! Dah dia call takkan aku nak ignore pulak. Nanti tak pasal-pasal aku dapat penyakit buah pinggang. One more thing! Bila masa pulak la aku ni desperate sangat nak berdating dengan Mr. Tan tu? Takde maknanya. Buang masa aku je. Daripada dating dengan Mr. Tan tu lebih baik aku dating dengan Lee Dong Wook. Lagi best !" , kata Aleesya sambil tersenyum sumbing membayangkan hero kesayangannya itu.

"Eleh! Perasan je lebih minah ni." , kataku sambil mencebikkan bibir.

" Sudah...sudah. Aku dah tak tahan ni. Jom teman aku cepat" , ajak Aleesya sekali lagi sambil menarik tanganku dengan pantas menuju ke tandas yang tidak jauh dari tempat kami berdiri tadi.

" Agak-agak la pun kalau nak tarik aku. Sakit tau tak. Tangan ni aku bayar insurans tau. Kalau tercabut nanti, kau nak ganti ke?" , kata aku dalam bengang.

Ish ! Dia ni. Sedap-sedap je tarik tangan aku macam tu. Dia ingat tangan aku ni apa? Tangan anak patung ke? , gumamku dalam hati.

"Kau ni banyak betul bunyinya. Pot pet sana..Pot pet sini... Macam burung murai tercabut ekor. Aku sumbat mulut kau dengan plastik beg ni baru tau nak diam kot." , komen Aleesya tentang kebecokan aku sambil menunjukkan beg plastik bercop Jusco.

.....................................................................................................................................................

 "Wah! Cantiknya baju-baju kat sini. Aku ingat nak beli sehelai la. Ada offer 35% pulak tu." Aku begitu teruja dengan baju-baju yang tergantung di dalam butik PADINI. Kulihat Aleesya pun begitu excited semacam.

Aku bertanya kepada Aleesya, " Kau nak beli ke? Aku nak beli la. Bukan selalu pun."

Aleesya tersenyum-senyum sambil mengangguk.

"Hhhmm....Aku pun nak beli satu la." , katanya.

Kami berdua keluar dari butik PADINI selepas membuat pembayaran sambil menjinjing beg kertas PADINI masig-masing. Aish! Tadi kata nak window shopping sahaja. Sekarang ni dah lari dari target la pula. Habis la balik rumah nanti. Mesti kena berleter dengan mummy.

Sambil berjalan  menyusuri kedai jam, Aleesya bersuara, " Wei! Apa kata kita makan dulu kat Secret Recipe sebelum pergi tengok wayang.Nak tak? Cerita tu mula pukul 3.30 petang kan? Hhhmm...sekarang baru pukul 3.00 petang. Masih sempat untuk kita berdua mencekik kat sana."

Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil berkata, " Hhhmmm...bagus jugak cadangan kau tu. Lagipun perut aku ni dah berkeroncong lagu macam-macam lagu dah ni."

"Okay,jom kita serbu Secret Recipe sekaraaaang........" Aleesya menjerit sedikit tinggi seperti mahu berperang pula.

Ish! Dia ni.Lebih-lebih nampak.Orang tengok nanti tak pasal-pasal dapat malu free of charge.Gaya macam dah tak makan sebulan. Sabo je ler.... aku berkata dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat si Aleesya ni.

Kedai Secret Recipe yang terletak di hadapan MPH itu kelihatan penuh dengan orang ramai. Aku dan Aleesya mengambil tempat di satu sudut penjuru. Hah ! Baru best sikit nak lepak-lepak.

" Esya, kau nak makan apa? Aku nak makan kek blueberry je. Cepat sikit."

"  Aku ingat nak makan moist chocolate cake. Dah lama aku tak makan. "

Sedang aku dan Aleesya menikmati kesedapan kek masing-masing, aku terasa seperti kami diperhatikan tidak jauh dari tempat kami duduk. Aish ! Terasa seram pula aku. Ah! Lantak la. Perasaan aku je kot.

Tiba-tiba..........

"Hye girls ! Takkan makan kek je kot ? ", sapa seorang lelaki yang entah datang dari mana.

Aku dan Aleesya menoleh ke arah suara yang datang untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang menyapa kami sebentar tadi. Sebaik aku menoleh, aku terasa seperti jantung aku berhenti buat seketika. Kami berdua ternganga sambil mata terbeliak seperti sedang melihat hantu sundal bolong di hadapan kami.

Aku dan Aleesya bersuara, "Kau...Mat Dongga?? Apa kau buat dekat sini?"

Faruq Durrani tersenyum lalu ketawa dengan pertanyaan aku dan Aleesya sebentar tadi.
Hellooo..... Kelakar sangat ke soalan aku tu sampai dia ketawa sampai nak terkeluar gigi-gigi dia? Tak faham betul aku dengan Mat Dongga ni.

Aku sudah menunjukkan muka geram sambil mengetip bibir.

"Apasal kau gelak? Lawak sangat ke? Tersengih-sengih macam kambing kat kandang Pak Sohot tu." , aku bersuara.

"Entah kau ni. Tiba-tiba je gelak tak ada angin tak ada ribut. Kitaorang tanya kau Mat Dongga oi. Bukannya buat lawak antarabangsa. Sengal punya Faruq !" , Aleesya pula berkata.

Faruq Durrani berhenti daripada ketawa dan tersenyum lalu berkata, " Salah ke kalau aku nak gelak ke, nak senyum ke? Suka hati aku la. Mulut aku. Bukan mulut korang. Yang korang duk sibuk ni apa pasal? One more thing, aku gelak tadi sebab soalan korang tu kelakar sangat. Ye la, kalau orang datang sini takkan la nak memancing kot. Mesti la nak shopping and outing macam korang berdua ni.

Aku dan Aleesya menunjukkan muka menyampah. Wah...wah..wah... Banyak cakap pulak Mat Dongga ni. Aku seligi nanti baru tau.

" Hahahahaha....apa-apa je la Encik Faruq Durrani oi.Ada kami kisah kau tu nak shopping ke, nak outing ke, nak dating ke? Huh ! Absolutely not! " , aku membalas kata-kata Faruq Durrani tadi.

Aleesya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda sokong dengan hujah aku.

Aku bangun dengan serta-merta lalu mengajak Aleesya, " Esya, jom kita blah dari sini. Aku rasa hot and spicy pulak dekat sini. Tiba-tiba ada naga datang sembur api dekat sini. Macam tak de tempat lain nak sembur. Tadi elok je rasa sejuk dan nyaman, tapi sekarang  terasa bahang pulak."

Aku memerli Mat Dongga tu sebenarnya. Lebih baik aku blah cepat sebelum benda lain yang jadi nanti.Aleesya bangun dari duduknya dengan kasar. Marah jugak la tu. Terus aku menarik tangan Aleesya lalu berlalu pergi.

"Bye-bye Cik Irdina dan Cik Aleesya sayang. Jumpa lagi ye..." , Faruq Durrani melambai-lambaikan tangannya ke arah aku dan Aleesya gayanya seperti artis terkenal sambil tersenyum kambing.

Aku dan Aleesya menoleh ke arahnya.Aku memberi satu jelingan maut dan menjelirkan lidah kepadanya.

" Ceh! Menyampah betul aku tengok dia tu. Ingat dia tu handsome sangat ke." luahku.

Aleesya berkata, " Lya, kau jangan layan sangat Si Mat Dongga tu. Dia tu kan jenis kepala dongga. Kalau kita layan, kita-kita sekali jadi kepala dongga macam dia tu. Lagi sakit hati ada la. "

Secara tiba-tiba, aku berhenti dari berjalan dan terdiam seketika sambil melihat jam tangan Polo aku yang terletak elok di pergelangan tangan kiri.

Aku bertanya kepada Aleesya, " Eh Esya ! Cerita tu mula pukul 3.30 kan ?"

Aleesya mengangguk dan berkata, " Yes. Kenapa? "

" Cuba kau tengok jam kau dah pukul berapa sekarang ni."

Dahi Aleesya berkerut kerana pelik dengan pertanyaan aku. Tetapi dia tetap buat apa yang aku suruh.

"Ya Allah ! Lya ! Kita dah lambat 5 minit ni. Aduh ! Macam mana boleh terleka ni? Jom kita gerak cepat." Aleesya sudah cemas kerana kami  terlewat 5 minit untuk pergi menonton wayang.Kemudian dia terus menarik pergelanganku dan kami berlari menuju ke tempat tayangan.

"Ni semua Mat Dongga tu punya pasal la. Siap la kau Mat Dongga. Kalau aku jumpa kau lagi , tau la apa aku nak buat dekat kau." , aku bersuara tidak puas hati dengan Faruq Durrani yang telah menyebabkan mereka lambat.

"Lya, kau ni kan ! Kita dah lambat tau tak. Kau ni boleh lagi duk membebel, merapu meraban pasal Faruq tu. " Aleesya sudah menunjukkan muka singanya itu. Wow! Takutnya. Minah ni kalau marah, hah! satu shopping kompleks ni boleh dengar ngaumannya itu. Eeeeiii..... scary tau.

Akhirnya kami sampai ke tingkat atas. Kami terus menuju ke arah seorang petugas pintu pawagam untuk menyerahkan tiket. Aku terkial-kial mengeluarkan tiket wayang yang telah aku simpan di dalam beg LV  hitam kesayanganku. Gotcha! Ada pun. Aku menyerahkan tiket wayang kami kepada petugas perempuan itu sebelum dia mengoyakkan sebahagian daripada tiket wayang itu dan menyerahkannya kembali kepadaku. Aku menyambutnya dengan sopan dan memberikan segaris senyuman.

Kataku, " Terima kasih."

Petugas perempuan itu tersenyum lalu menjawab, " Sama-sama. Cepat sikit dik, wayang dah nak mula tu."

Aku dan Aleesya mengangguk-angguk perlahan lalu dengan segera masuk ke dalam tempat tayangan.
Setelah masuk ke dalam, kami berhenti seketika kerana keadaan di dalam sudah menjadi gelap. Ini menyukarkan kami untuk mencari tempat duduk yang telah kami tempah. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Aleesya toleh ke arahku dengan muka yang monyok. Aleesya berkata, " Lya, macam mana ni? Gelap la. Susah nak cari tempat. Kita duduk je la kat mana-mana tempat yang kosong.

Aku mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.

" Aish ! Kau ni gelabah sangat. Relax la. Aku boleh cari tempat kita. You don't have to worry babe. It's just a small matter.Bukannya gelap sangat sampai tak nampak langsung. " Aku cuba menawarkan diri untuk mencari tempat duduk kami. Handpro la katakan.
StumbleUpon
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment