Friday, April 15, 2011

Diari Lidya Irdina ( Siri 1)

Diari Lidya Irdina
EPISOD~ AKU, KELUARGA DAN SAHABAT……

Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah....Hidup aku tidak pernah kosong...Sentiasa dihiasi bunga-bunga kasih yang mewangikan perjalanan hidupku. Hidupku dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang. Keluargaku yang tercinta, sahabat-sahabatku yang aku sayangi, dan guru-guruku yang ku hargai atas pengorbanan mereka mencurahkan ilmu tanpa jemu dan rungutan.


Nama aku Nur Lidya Irdina..Aku mempunyai 4 orang adik-beradik. Aku merupakan anak yang ke-3. Aku mempunyai dua orang abang kembar yang bernama Muhammad Rayyan Darwisy dan Muhammad Rayyan Danish. Yang paling bongsu dalam keluarga aku ialah adik perempuanku yang bernama Nur Lidya Alya.  Kedua-dua abang kembar aku kini menuntut di University of Abeerden di United Kingdom dalam bidang Medical Biotechnology.


Hhhmm…. Itulah serba sedikit pengenalan tentang keluargaku. Eh ! I think I’m missing something. Gotcha ! My Daddy and my Mummy… Ish3 ! Macam mana la boleh terlepas. Ok ! Daddy aku bernama Datuk Dhaifullah dan Mummy aku bernama Datin Lisana Zahirah. Hah ! Itu je la ‘kot’ ! hehehe….


Bermulalah kisah hidupku sebagai Nur Lidya Irdina…….


“ Esya, mummy ajak kau dengan family kau datang rumah malam ni. Ada makan-makan sikit. Datang tau !” Aku menyatakan hasrat Mummy yang mahu Aleesya datang ke rumah kerana ada majlis makan-makan.


Aleesya berpaling menghadap  Irdina dengan riak terkejut. “ Eh ! Ye ke ? Pukul berapa ?” Aleesya bertanya kepada aku seperti sangat teruja dengan jemputan tersebut.


Aku menjawab, “ Around 8.30 p.m.” 


“ Kenapa tiba-tiba je mummy buat makan-makan ni ? Anything special ? Kot-kot ada orang datang merisik kau tak ? hehehehe….”


“ Banyak la kau orang datang merisik. Tak de maknanya. Nanti tak pasal-pasal kau rasa 5 aku ni. Free je. ’’ terus aku menidakkan  kata-kata sahabat sejatiku itu sambil menunjukkan buku lima aku yang tak la besar mana pun. Sedap mulut dia je mengata aku. Debik kang !


“ Ok…ok… Patik minta ampun Tuan Puteri di atas keterlanjuran patik sebentar tadi.” Aleesya merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda meminta maaf. Hahahaha….. tau pun takut, desisku dalam hati.


“ Hhhhmm….. dah la… just forget it ! Sebenarnya mummy saja je buat makan-makan tu. Dia cakap kat aku dah lama tak jumpa family kau. Ni dikira sebagai gathering family kita la… Ada pahem? ’’ terang aku kepadaAleesya.


Aleesya mengangguk faham. Katanya, “ Oh ! macam itu ke. Aku ingatkan apa la. Hawat tak habaq awai-awai kat che’ ? ’’ Hah ! tu diaaa…Loghat Kedah dah keluar.


“ Macam mana aku nak habaq kat hang kalau hang tu terus buat konklusi macam machine gun kat medan perang tu hah ! Apa daaa….’’ jawabku dengan loghat Kedah juga. Kan dah berjangkit. Dia cakap Kedah, aku pun berjangkit sama. Aish !


Aleesya tersengih mendengar kata-kata Irdina sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih.


Kring…..Kring…..Kring….


Aku dan Aleesya berjalan menuju ke kelas yang berada di Bangunan B tingkat 2 setelah loceng rehat tamat berbunyi 2 minit yang lepas.

“Lya…… tadi Lya  suruh Esya datang pukul berapa?” laung my lovely mummy dari arah dapur.


Aku yang terdengar laungan mummy dari ruang tamu itu terus menuju ke arah dapur sambil menjawab, “ Lya cakap kat dia yang mummy suruh datang pukul 8.30 malam. Kenapa mummy? Lya silap bagi tahu masa ke?” Aku bertanya pula.


" Eh! Tak la. Sekarang ni dah pukul 8.45 tapi masih tak sampai-sampai lagi ni.” Terang mummy kepadaku tentang kelewatan Aleesya sekeluarga sambil mengerling ke arah jam.


Oh! Aku ingatkan apa la tadi.


“ Ala mummy ni. Relax la. Maybe diaorang ada hal sikit.” Jawabku.


Mummy mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kataku sebentar tadi.


“ Hhhmm….betul juga kan.”


“Assalamualaikum………….” Kedengaran suara orang memberi salam dari arah pintu hadapan.


 “ Waalaikummussalam….” Jawab kami serentak.


 “ Zah! Ni hah mereka dah sampai ni. ’’ jerit daddy.


“ Hah! Mummy!Diaorang dah sampai la. Jom kita ke depan.Daddy pun dah panggil tu.” kataku kepada mummy.


Kemudian aku dan mummy terus berjalan menuju ke ruang tamu untuk menyambut kedatangan Aleesya dan keluarganya.


Aku yang ternampak Aleesya terus sahaja bersalam dengannya dan memeluknya. Ish3 ! Macam  dah setahun tidak berjumpa. Padahal pagi tadi dah berjumpa di sekolah.


Mummy pula bersalaman dengan umi Aleesya, Puan Hajah Aisyah.


“ La…. Aisyah. Dah lama kita tak berjumpa. Rindu pula.” Kata mummy kepada umi.


“Tu la… dah lama kita tak berjumpa kan. Saya pun rindu dengan Zah.”


Aku dan Aleesya tersengih-sengih melihat adegan kedua-dua ibu kami itu.


Kemudian aku pula bersalaman dengan umi. Rinduku terhadap umi sudah terbayar. Aleesya pula bersalaman dengan mummyku.


“ Umi sihat ke ? Dah lama Lya tak jumpa umi. I miss you so much umi! ” Kataku kepada umi.


Umi tersenyum lalu berkata,” Alhamdulillah sihat. Mana taknya lama tak jumpa, dah Lya  tak datang rumah umi.”


Hehehehe….. Ye ke dah lama tak pergi rumah umi?? Hhhmm… desisku dalam hati.


“ Wah! Mummy sekarang ni makin berseri-seri la.” Kata Aleesya kepada mummy.


“ Ada-ada je la kamu ni Esya.Nak bodek mummy la tu” Jawab mummy.


Itulah dia. Betapa rapatnya hubungan kekeluargaan kami. Sampaikan aku boleh panggil umi Aleesya, umi dan abah Aleesya, abah.Manakala Aleesya boleh panggil mummy aku, mummy dan daddy aku, daddy.Mummy dan umi pun memang rapat termasuk daddy dengan abah.


“Yaya ! Yaya dah salam umi dengan abah ke belum?” Tanya mummy kepada adik bongsuku Nur Lidya Alya yang dipanggil Yaya berusia 10 tahun yang sedang khusyuk menonton cerita kartun Chuggington.


“ Sudah la mummy. Yaya dah salam tadi.” Jawab Yaya.


"Eh! Jom la kita ke meja makan tu hah! Semua dah terhidang. Nanti sejuk pulak hidangan tu. Takkan la nak berdiri je dekat situ.’’ Jemput daddy.


“Hah! Moh la kita..” kata mummy pula.


Kami semua pun bergerak menuju ke meja makan yang sudah tersedia dengan pelbagai juadah hasil air tangan mummy dan aku. Cewah ! Nak bangga sikit. Aku baru belajar sikit-sikit cara memasak daripada mummy yang memang handpro dalam bidang masak-memasak ni.
StumbleUpon
Reactions:
Save this and Preview your blog.

1 comments:

Nurul QisDhira said...

bersambung.... di episod akan datang. Insyaallah. ;)
Leave a comment if don't mind.. (^-^)

Post a Comment