Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru ~ Happy Teacher's day

Assalamualaikum.... Semoga anda semua diberkati Allah S.W.T. dan diberi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hmmm.... apa yang istimewa dengan 16 Mei ni ????? Anybody knows about it ?
Yeah ! saya pasti semua tahu tentangnya... 16 Mei merupakan  Hari Guru yang disambut oleh warga sekolah seluruh negara... Hari Guru merupakan hari yg sgt bermakna buat para guru... Pada hari keramat ini kita dapat lihat kebanyakan para pelajar memberikan hadiah kepada guru masing-masing.

Betapa terharunya guru-guru kita apabila menerima hadiah daripada para pelajar.Itulah tanda terima kasih kita kepada guru-guru kita atas pengorbanan mereka.Segala jasa dan budi baik mereka hanya Allah yg mampu membalasnya.Tidak terhitung rasanya jasa dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada kita. Kita sebagai pelajar seharusnya mengenang da menghargai jasa mereka.

Tanpa guru yang sudi mengajar kita daripada tidak mengenal ABC , mungkin sekarang kita tidak mampu menggapai kejayaan yang telah kita kecapi sekarang. Mereka sanggup menghabiskan wang dan tenaga ibarat membakar diri hanya untuk melihat anak-anak muridnya berjaya hingga ke menara gading... Pengorbanan merekalah yang telah mengajar kita untuk berdiri di atas kaki sendiri seperti sekarang ini.

Di kesempatan ini , ingin saya ucapkan SELAMAT HARI GURU > HAPPY TEACHER'S DAY kepada cikgu-cikgu saya yang telah bersusah payah mengajar saya  tanpa keluh kesah..... Tidak akan saya lupakan segala jasa dan budi baik serta pengorbanan cikgu-cikgu sekalian. Tanpa cikgu-cikgu, siapalah saya ! walau kita terpisah jauh, saya tetap mengingati cikgu-cikgu semua. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu membalasnya.You are always in my heart ! Deeply in my heart ! I will never forget all of you ! May Allah bless all of you. Saya mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu dan saya doakan semoga cikgu-cikgu dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. , dimurahkan rezeki , diberi kebahagiaan yang berpanjangan dan dilindungi di dunia dan di akhirat. Amin................  ;)


I Love you, Teachers ! !


Saya amat menghargai jasa dan pengorbanan anda semua ! ! :)





thank you for everything !


You're the BEST............
special for all of you ,,,



 happy in teaching !



A poem for you.....




dahulu yang baru mahu belajar mengenali ABC , 123 .......


appreciate them ! ! they inspired us !


Hargailah mereka....
Sayangilah mereka....
Hormatilah mereka...
Mereka ibarat ibu dan ayah kita... ;)

Alhamdulillah...... Itulah serba sedikit coretan saya tentang Hari Guru ! Jumpa di masa akan datang. Assalamualaikum.... ~Miss Nurul~

StumbleUpon
Reactions:
Save this and Preview your blog.

0 comments:

Post a Comment