Monday, January 10, 2011

Bab 2 (Unknown Title) (^_^)

    Kelihatan Safiyyah sedang berjalan dari kedai koperasi  menuju ke kantin .Suasana di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta riuh rendah dengan suara para pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang sedang rehat. Terdapat para pelajar yang sedang beratur menunggu giliran untuk membeli makanan dan minuman. Ish ! Mana pula makcik dua orang ni. Puas aku cari ke hulu ke hilir, desis hatinya geram sambil melilau mencari dua orang kawannya,Hazirah dan Qaisara . Hah ! Tu pun diaorang. Hmmm.....dekat sini rupanya.
     
    Safiyyah berjalan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang menikmati makanan di meja makan.
    
     “ Hah ! Dekat sini rupanya korang. Puas aku cari, alih-alih tengah sedap melantak sampai tidak ingat dunia.” Safiyyah menegur kawan-kawannya itu.
     
    Hazirah dan Qaisara serta merta terkejut dengan sergahan Safiyyah sebentar tadi lalu terus memandang Safiyyah dengan muka cemberut. Qaisara berkata dalam hati dengan nada geramnya, minah sorang ni la. Nasib baik aku tidak tercekik tadi. Kalau tidak, dah lama jalan. Orang tengah feeling ni, dia kacau daun pulak.
    
     Hazirah berkata, “ Cik adik sayang, dah tak reti nak bagi salam dulu ke? Haiiyaa….itu pun kena ajar ka. Kus semangat tau tak. Huh !”
     
    Safiyyah tersengih seperti kerang busuk sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu. 
“ Assalamualaikum. Ok, aku minta maaf yer sebab terkejutkan korang tadi.”
     
    Qaisara dan Hazirah tersenyum sambil menganggukkan kepala dan lalu berkata serentak, “ Hah ! Macam tu la. Kan bagus.”
     
    Sebelah tempat Qaisara terdapat sedikit ruang. Lalu Safiyyah terus duduk di sebelah Qaisara dan Qaisara terpaksa mengesot ke dalam sedikit untuk memberi ruang kepada Safiyyah. Hazirah sudah meneruskan kembali makannya diikuti Qaisara dan Safiyyah. 

    Hazirah sedang makan nasi goreng dan Qaisara pula sandwich yang telah dibawa dari rumah. Manakala Safiyyah hanya makan roti yang telah dibeli olehnya tadi di kedai koperasi.
   
    Tiba-tiba Qaisara bertanya kepada Safiyyah, “ Fiya, ang pergi mana tadi ? Lepas bunyi je loceng waktu rehat, ang terus lesap. Sampai tak menyempat.”
     
    Hazirah yang mendengar pertanyaan Qaisara tadi, mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Qaisara sebentar tadi.
     
    Mendengar pertanyaan Qaisara, Safiyyah berhenti dari makan buat seketika. Banyak tanya betul la dia ni. Orang lambat salah, orang cepat pun salah. Aish ! Macam-macam la.
     
    Lalu Safiyyah menjawab pertanyaan sahabatnya tadi, “ Aku pergi kedai koperasi tadi. Beli roti ni la. Aku keluar cepat sebab aku malas la nak beratur panjang. Mau tercabut kepala lutut aku ni ha tunggu punya lama time beratur.”
   
     Qaisara tersenyum sinis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya selepas mendengar jawapan Safiyyah tadi. Huh ! Ye la tu. Macam-macam la alasan ang tu. Pemalas betul dia ni, kata Qaisara dalam hati.     

Kring.....Kring....Kring......
Loceng sudah berbunyi dan itu tandanya rehat sudah tamat. Safiyyah, Hazirah dan Qaisara jalan beriringan menuju ke kelas mereka sama seperti pelajar-pelajar lain yang segera meninggalkan kantin untuk masuk ke kelas masing-masing. 

**************************************************************
Kelas 4 Aurora  senyap sahaja yang hanya kedengaran ialah bunyi kipas berpusing. Semuanya sedang memberi tumpuan kepada penerangan Cikgu Qalisya bagi matapelajaran Additional Mathematics atau dalam bahasa Melayunya, Matematik Tambahan.

Sememangnya matapelajaran Additional Mathematics agak sukar dan para pelajar dikehendaki memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Sekali miss kelas Additional Mathematics, terasa seperti diri kita telah ketinggalan jauh berbatu-batu.

"Ok class, all of you understand for the composite funtions?" . Suara Cikgu Qalisya memecah keheningan.

" Yes........." , kelas 4 Siantan bergema dengan sahutan para pelajar 4 Siantan 

" For today homework , I want all of you to do Exercise 1.3  in Book 2. "

" Cikgu , buat semua dari no. 1 hingga no. 6 ke ? ". Amir bertanya kepada Cikgu Qalisya tentang kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Cikgu Qalisya mengangguk-angguk sambil berkata , " Yes. Do you have any problem with that, Amir?".

Selepas mendengar jawapan Cikgu Qalisya sebentar tadi , semua para pelajar mengeluh. Riuh rendah jadinya kelas itu dengan suara para pelajar. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan kala guru memberi kerja rumah yang banyak, pasti akan kedengaran keluhan pelajar-pelajar.Cikgu Qalisya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan reaksi para pelajarnya tadi. 

Tidak terlintas langsung di fikirannya untuk membebankan pelajar-pelajar dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun. Tetapi ini semua untuk memnatapkan lagi kepakaran mereka dalam bidang Matematik dengan membuat banyak latihan.

Sementara itu,Qaisara membisikkan sesuatu kepada Safiyyah, " Fiya, cikgu ni memang pemurah sangat-sangat sebab bagi kita ni kerja yang melambak."Perkataan pemurah  ditekannya.

"Banyak la hang pemurah. Kerja yang dia bagi tu punya la banyak. Aku tahu la hang perli cikgu tu.
 Sudah-sudah la tu. Pergi buat kerja hang. Cakap banyak pula. Nanti tak siap pulak." Safiyyah sudah memulakan kerja yang baru diberi oleh Cikgu Azalina tadi.

"Huh! Ye la. Aku nak buat la ni. Cuba sabar sikit. Hang ni memang suka membebel macam mak aku kat rumah tu. 24 jam asyik pot pet pot pet je. Naik pening kepala aku ni."Qaisara sudah menunjukkan muncungnya itu.

Safiyyah ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu. Minah sorang ni la. Macam-macam. Cakap sikit dah tarik muka 14 tu. Ingat dia tu kanak-kanak Sunquick ke! Kalau boleh bancuh buat air takpe la jugak, hilang dahaga aku ni. Aish ! Macam-macam. Poning kopalo eden ni ha !








   
StumbleUpon
Reactions:
Save this and Preview your blog.

3 comments:

Nurul QisDhiraZZA said...

Hope anyone who read diz can give a few commnets ! :) TQ..

secretgurlz said...

dhira,,bez r..ade smbungan x?hehehe..
mmg ade bkat menulis nie..:)

Nurul QisDhira said...

hehehe...terima kasih....baru merangkak-rangkak dlm bidang penulisan nie! insya-Allah nty kita post entry baru...thanks again.. i really appreciate it.

Post a Comment