Salam Ukhuwah~Cinta kepada Allah adalah CINTA yang Teragung dan merupakan CINTA yang hakiki
Tuesday, April 26, 2011
Tidak Pernah Ku Harapkan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Tidak Pernah Ku Harapkan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Save this and Preview your blog.
Tuesday, April 19, 2011
Diari Lidya Irdina (Siri 2)
EPISOD~ YAHOO MESSENGER BERSAMA ALONG DAN ANGAH
Aku mengunci pintu bilik dengan perlahan-lahan untuk tidak mengejutkan seisi rumah yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku menuju ke meja belajar mengambil laptop Apple ku dan terus bergerak ke atas katil queen bercadar corak bunga-bunya warna ungu. Jangan tak tahu. Aku ni peminat setia warna ungu tau. Hehehehe…. Aku tekan butang on dan terus sign in YM. Malam ni aku nak berYM dengan Along dan Angah yang kini berada di Abeerden, UK. Sudah lama aku tak bersembang dengan mereka di YM. Sekarang lah masanya untuk mengubat rinduku kepada dua orang abang kembarku itu.
Ish! Mana pulak Along dengan Angah ni. Hari tu cakap nak online Ym sama-sama.
Buzz…Buzz…
Prince Danish: Hye adikku sayang…..
Hah ! Ada pun… Lambat betul.Aku pun mula membalas.
Cik Pisang: Assalamualaikum………
Prince Danish: Oppss…sorry.. Waalaikummussalam….
Cik Pisang: Amboi3 ! Mentang2 dah lama duk kat UK, salam pun dah lupa nak bagi yer along ni…
Prince Danish: Hehehehe….I’m so sorry dear. I’m promise I will not do that again.
Cik Pisang: Hah! Macam tu la Along Lya… Hhhmm…how was your study? Everything is ok?
Prince Danish: Alhamdulillah..So far so great. Lagi seminggu along dgn angah ada final exam.
Yeah! Lepas tu along dgn angah boleh balik Malaysia. Wah! Nikmatnya…
Rindunya dgn Malaysia.
Cik Pisang: Hah ! Ye ke ? Best la along yer.. Dah abis blaja.. Anyway, Final exam tu along dgn
angah kena buat betul-betul untuk dapatkan result yang malatop! Hahaha…
Prince Danish: Ok dear. I will. Rindunya dengan mummy, daddy, yaya and u too.
Cik Pisang: Me too along.
Prince Danish: Mummy ,daddy and yaya mcm mana? Sihat ?
Cik Pisang: Alhamdulillah sihat. Lya pun sihat sejahtera.
Prince Danish: Orang tak tanya pun. Sibuk je jawab. ;p
Cik Pisang: Ala…Lya dah tau nanti along akan tanya. Sbb tu Lya jawab siap2. J
Along dgn angah mcm mana? Sihat?
Prince Danish: Aik! Sekarang baru nak tanya? Ish3 ! Apa la Lya ni…
Cik Pisang: Hehehehe…sorry…. Jgn marah yer.
Prince Danish: Mcm2 la Lya ni. Hhhmm… Kami semua sihat di sini. Don’t worry dear.
Cik Pisang: Syukur Alhamdulillah. Along…angah mana? Dia tak YM sekali ke?
Prince Danish: Angah??? Ni hah ! Dia ada kat sebelah along ni. Menyibuk je.
Cik Pisang: Hahaha… ye ke ? Lya ingat dia tgh buat tahi mata (jgn mrh yer angahku syg). (^_^)
Buzz….Buzz…Buzz…
Mr.Rayyan: Wah3! Syoknya dia mengutuk angah…. Marah ni!
Aik! Ada pun dia ni. Aku ingatkan tengah tidur.Hehehehe.
Cik Pisang: Eh ! Angah ! Ada rupanya. Lya ingat angah tgh dibuai mimpi…Mana ada Lya
Mengutuk angah! Lya mengata je…Hahahaha…. ;)
Mr.Rayyan: Hah! Sama la tu. Amboi3! Mulut tu mmg nk kena cili yer…Siap la Lya nanti bila
Angah blk Malaysia nanti…
Cik Pisang: Eleh ! Ingat org tkt ke?? Cili la kalau berani. Lya bg tau mummy nanti.
Mr.Rayyan: Sikit-sikit nak bg tau mummy. Ank manja btl. Tak padan dgn umur yg dh tua tu.
Kah…Kah…Kah….
Cik Pisang: Biar la. Angah sibuk buat apa. Ala…Lya tau angah jealous kan ! Mengaku je la.
Mr.Rayyan: Tak kuasa angah nak jealous dgn Lya. Eeee…. Tak kuasa teman! :p :p :p
Prince Danish: Sdh3! Tak payah nak brgaduh. Korang dua org ni pantang jmp mst nk bergdh.
Aish! Apa la…
Along hantar mesej kepada aku.
Cik Pisang: Along!!! Angah yg mulakan dulu. Bkn Lya…. ;p
Mr.Rayyan: Hahahhaa…padan muka Lya. Kan dh kena mrh dgn Along ! :p
Cik Pisang: Ada Lya kisah ke ??? Gedik btl angah ni..wekkk!!!
Prince Danish: Lya… Along rasa Lya jgn lyn sgt perangai angah tu ! Along rasa dia tu dh biul
sikit.Byk sgt mengadap buku tu….
Cik Pisang: Baik alongku syg. And Lya setuju sgt2 ckp along tu. Hehehehe…
Mr.Rayyan: Amboi3 ! Sedapnya kata angah biul… Takpe..Takpe… pergi pecan naik bas, ada hari Angah balas. ;p
Cik Pisang: So what?? Tak hairan pun… Hhmm…ok lah along and angah yg ku syg. Lya nak
tido dh ni. Dh lewat mlm. Esk nk kena bgn awal pergi sek. Nanti kita chat lg ok !
And Lya doakan kejayaan along and angah utk final exam nanti. All the best !
Chaiyook ! ! ! ! Angah ! I’m sorry ok pasal td. Just nk melawak. Hehehehe
Mr.Rayyan: It’s ok dear…I’m sorry too. Lya pun blaja elok2. Jgn mls2 ! TQ so much. Kirim salam
kat mummy, daddy n little Yaya k ! Bye. Assalamualaikum…
Prince Danish: Bye Lya ! C u next time. Thanks doakan kejayaan kami berdua. Kirim salam along utk daddy, mummy and sweet Yaya. Lya kena rjin tau ! Love u ! Assalamualaikum..
Cik Pisang: Insyaallah angah n along ! Lya akn sampaikan! Thanks too...Love both u too. Waalaikummussalam… Bye !
Aku terus sing out dan matikan suis laptop kesayanganku yang berwarna putih itu. Kemudian aku terus merebahkan diri di atas tilamku yang empuk dan membaca surah Al-Fatihah, Ayat kursi, Surah 3 Kul dan doa tidur. Itulah rutin harianku sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan benda-benda yang tidak elok. Good night everybody ! ! (^_^)
Friday, April 15, 2011
Diari Lidya Irdina ( Siri 1)
Diari Lidya Irdina
EPISOD~ AKU, KELUARGA DAN SAHABAT……
Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah....Hidup aku tidak pernah kosong...Sentiasa dihiasi bunga-bunga kasih yang mewangikan perjalanan hidupku. Hidupku dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang. Keluargaku yang tercinta, sahabat-sahabatku yang aku sayangi, dan guru-guruku yang ku hargai atas pengorbanan mereka mencurahkan ilmu tanpa jemu dan rungutan.
Nama aku Nur Lidya Irdina..Aku mempunyai 4 orang adik-beradik. Aku merupakan anak yang ke-3. Aku mempunyai dua orang abang kembar yang bernama Muhammad Rayyan Darwisy dan Muhammad Rayyan Danish. Yang paling bongsu dalam keluarga aku ialah adik perempuanku yang bernama Nur Lidya Alya. Kedua-dua abang kembar aku kini menuntut di University of Abeerden di United Kingdom dalam bidang Medical Biotechnology.
Hhhmm…. Itulah serba sedikit pengenalan tentang keluargaku. Eh ! I think I’m missing something. Gotcha ! My Daddy and my Mummy… Ish3 ! Macam mana la boleh terlepas. Ok ! Daddy aku bernama Datuk Dhaifullah dan Mummy aku bernama Datin Lisana Zahirah. Hah ! Itu je la ‘kot’ ! hehehe….
Bermulalah kisah hidupku sebagai Nur Lidya Irdina…….
“ Esya, mummy ajak kau dengan family kau datang rumah malam ni. Ada makan-makan sikit. Datang tau !” Aku menyatakan hasrat Mummy yang mahu Aleesya datang ke rumah kerana ada majlis makan-makan.
Aleesya berpaling menghadap Irdina dengan riak terkejut. “ Eh ! Ye ke ? Pukul berapa ?” Aleesya bertanya kepada aku seperti sangat teruja dengan jemputan tersebut.
Aku menjawab, “ Around 8.30 p.m.”
“ Kenapa tiba-tiba je mummy buat makan-makan ni ? Anything special ? Kot-kot ada orang datang merisik kau tak ? hehehehe….”
“ Banyak la kau orang datang merisik. Tak de maknanya. Nanti tak pasal-pasal kau rasa 5 aku ni. Free je. ’’ terus aku menidakkan kata-kata sahabat sejatiku itu sambil menunjukkan buku lima aku yang tak la besar mana pun. Sedap mulut dia je mengata aku. Debik kang !
“ Ok…ok… Patik minta ampun Tuan Puteri di atas keterlanjuran patik sebentar tadi.” Aleesya merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda meminta maaf. Hahahaha….. tau pun takut, desisku dalam hati.
“ Hhhhmm….. dah la… just forget it ! Sebenarnya mummy saja je buat makan-makan tu. Dia cakap kat aku dah lama tak jumpa family kau. Ni dikira sebagai gathering family kita la… Ada pahem? ’’ terang aku kepadaAleesya.
Aleesya mengangguk faham. Katanya, “ Oh ! macam itu ke. Aku ingatkan apa la. Hawat tak habaq awai-awai kat che’ ? ’’ Hah ! tu diaaa…Loghat Kedah dah keluar.
“ Macam mana aku nak habaq kat hang kalau hang tu terus buat konklusi macam machine gun kat medan perang tu hah ! Apa daaa….’’ jawabku dengan loghat Kedah juga. Kan dah berjangkit. Dia cakap Kedah, aku pun berjangkit sama. Aish !
Aleesya tersengih mendengar kata-kata Irdina sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
Kring…..Kring…..Kring….
Aku dan Aleesya berjalan menuju ke kelas yang berada di Bangunan B tingkat 2 setelah loceng rehat tamat berbunyi 2 minit yang lepas.
“Lya…… tadi Lya suruh Esya datang pukul berapa?” laung my lovely mummy dari arah dapur.
Aku yang terdengar laungan mummy dari ruang tamu itu terus menuju ke arah dapur sambil menjawab, “ Lya cakap kat dia yang mummy suruh datang pukul 8.30 malam. Kenapa mummy? Lya silap bagi tahu masa ke?” Aku bertanya pula.
" Eh! Tak la. Sekarang ni dah pukul 8.45 tapi masih tak sampai-sampai lagi ni.” Terang mummy kepadaku tentang kelewatan Aleesya sekeluarga sambil mengerling ke arah jam.
Oh! Aku ingatkan apa la tadi.
“ Ala mummy ni. Relax la. Maybe diaorang ada hal sikit.” Jawabku.
Mummy mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kataku sebentar tadi.
“ Hhhmm….betul juga kan.”
“Assalamualaikum………….” Kedengaran suara orang memberi salam dari arah pintu hadapan.
“ Waalaikummussalam….” Jawab kami serentak.
“ Zah! Ni hah mereka dah sampai ni. ’’ jerit daddy.
“ Hah! Mummy!Diaorang dah sampai la. Jom kita ke depan.Daddy pun dah panggil tu.” kataku kepada mummy.
Kemudian aku dan mummy terus berjalan menuju ke ruang tamu untuk menyambut kedatangan Aleesya dan keluarganya.
Aku yang ternampak Aleesya terus sahaja bersalam dengannya dan memeluknya. Ish3 ! Macam dah setahun tidak berjumpa. Padahal pagi tadi dah berjumpa di sekolah.
Mummy pula bersalaman dengan umi Aleesya, Puan Hajah Aisyah.
“ La…. Aisyah. Dah lama kita tak berjumpa. Rindu pula.” Kata mummy kepada umi.
“Tu la… dah lama kita tak berjumpa kan. Saya pun rindu dengan Zah.”
Aku dan Aleesya tersengih-sengih melihat adegan kedua-dua ibu kami itu.
Kemudian aku pula bersalaman dengan umi. Rinduku terhadap umi sudah terbayar. Aleesya pula bersalaman dengan mummyku.
“ Umi sihat ke ? Dah lama Lya tak jumpa umi. I miss you so much umi! ” Kataku kepada umi.
Umi tersenyum lalu berkata,” Alhamdulillah sihat. Mana taknya lama tak jumpa, dah Lya tak datang rumah umi.”
Hehehehe….. Ye ke dah lama tak pergi rumah umi?? Hhhmm… desisku dalam hati.
“ Wah! Mummy sekarang ni makin berseri-seri la.” Kata Aleesya kepada mummy.
“ Ada-ada je la kamu ni Esya.Nak bodek mummy la tu” Jawab mummy.
Itulah dia. Betapa rapatnya hubungan kekeluargaan kami. Sampaikan aku boleh panggil umi Aleesya, umi dan abah Aleesya, abah.Manakala Aleesya boleh panggil mummy aku, mummy dan daddy aku, daddy.Mummy dan umi pun memang rapat termasuk daddy dengan abah.
“Yaya ! Yaya dah salam umi dengan abah ke belum?” Tanya mummy kepada adik bongsuku Nur Lidya Alya yang dipanggil Yaya berusia 10 tahun yang sedang khusyuk menonton cerita kartun Chuggington.
“ Sudah la mummy. Yaya dah salam tadi.” Jawab Yaya.
"Eh! Jom la kita ke meja makan tu hah! Semua dah terhidang. Nanti sejuk pulak hidangan tu. Takkan la nak berdiri je dekat situ.’’ Jemput daddy.
“Hah! Moh la kita..” kata mummy pula.
Kami semua pun bergerak menuju ke meja makan yang sudah tersedia dengan pelbagai juadah hasil air tangan mummy dan aku. Cewah ! Nak bangga sikit. Aku baru belajar sikit-sikit cara memasak daripada mummy yang memang handpro dalam bidang masak-memasak ni.
Tuesday, April 12, 2011
Pergi......Mungkin Takkan Kembali......... :(
Assalamualaikum..........
Hhmmm..... It has been a long time I didn't update my blog...
I was quite busy with homeworks( as usual) hahaha... n my Biology project !
Can't run away from homeworks.... itulah lumrah kehidupan sbg seorang pelajar... kan3??
Apanya yg pergi..mungkin takkan kembali??? actually it's bout my friend aka class monitar for four years from Form 1 ! Actually he will be going to new school sbb sek tu dkt dgn rumah dia....
senang ! jimat masa...jimat duit.... most of my friends didn't agreed dgn keputusan dia tu! hahaha... sbb apa ?? hhmm.. maybe diaorg tu syg sgt kat dia 'kot' ! ! dia tu kan 'THE BEST CLASS MONITAR' ! ! ! hehehehe...... however , we can do nothing ! ! ! just respect his decision.. that's the best thing we can do as a friend ! right ?? before this , we got a few friends that have been transfered to sek sains n MRSM.... mmg sedih bila seorang demi seorang kwn kita berpindah !
wwaaarrgghhh! ! sabo je leerr..... hahaha... dh berdialog cm citer Hantu Kak Limah la pulak..
So,hopefully all of us can achieve a big success for SPM next year no matter wherever we are ! ! !
Hhhhmm..... apa lagi nak nak diceritakan ?? I'm speechless right now! So, until here I write my story morry... I got to go!see you next time! before I leave , I want to give some motivation to myself n my friends, CHAIYOOK...CHAIYOOK !! I KNOW WE CAN DO IT!aLL FOR ONE AND ONE FOR ALL!!! (^_^)
Adios.....Fighting for the future.....~Miss N~ ;)
Save this and Preview your blog.
Hhmmm..... It has been a long time I didn't update my blog...
I was quite busy with homeworks( as usual) hahaha... n my Biology project !
Can't run away from homeworks.... itulah lumrah kehidupan sbg seorang pelajar... kan3??
Apanya yg pergi..mungkin takkan kembali??? actually it's bout my friend aka class monitar for four years from Form 1 ! Actually he will be going to new school sbb sek tu dkt dgn rumah dia....
senang ! jimat masa...jimat duit.... most of my friends didn't agreed dgn keputusan dia tu! hahaha... sbb apa ?? hhmm.. maybe diaorg tu syg sgt kat dia 'kot' ! ! dia tu kan 'THE BEST CLASS MONITAR' ! ! ! hehehehe...... however , we can do nothing ! ! ! just respect his decision.. that's the best thing we can do as a friend ! right ?? before this , we got a few friends that have been transfered to sek sains n MRSM.... mmg sedih bila seorang demi seorang kwn kita berpindah !
wwaaarrgghhh! ! sabo je leerr..... hahaha... dh berdialog cm citer Hantu Kak Limah la pulak..
So,hopefully all of us can achieve a big success for SPM next year no matter wherever we are ! ! !
Hhhhmm..... apa lagi nak nak diceritakan ?? I'm speechless right now! So, until here I write my story morry... I got to go!see you next time! before I leave , I want to give some motivation to myself n my friends, CHAIYOOK...CHAIYOOK !! I KNOW WE CAN DO IT!aLL FOR ONE AND ONE FOR ALL!!! (^_^)
Adios.....Fighting for the future.....~Miss N~ ;)
Friday, April 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


